Terkini
Minuman keras perlu dimasukkan dalam GEG
Minuman keras atau alkohol juga perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Dasar Penamat Generasi (GEG) yang kini hanya melibatkan produk tembakau dan vape.
- Minuman keras atau alkohol juga perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Dasar Penamat Generasi (GEG) yang kini hanya melibatkan produk tembakau dan vape.
- Mencadangkan perkara itu, seorang pengguna Facebook, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata melaluinya kita dapat mewujudkan negara bebas daripada sebarang bentuk amalan memabukkan menjelang 2045.
- Perkara itu juga dapat melindungi masyarakat daripada pelbagai masalah melibatkan minuman keras seperti pemandu mabuk.
- “Semangat GEG ini bagus tapi bukan cenderung kepada tembakau dan vape sahaja… ahli-ahli akademik, politik you kena jujur jangan penakut minuman keras tidak boleh (sebut) nanti hilang undi, orang kata perkauman eh apa benda ini? Ini soal kesihatan rakyat Malaysia,” katanya menerusi FB hari ini.
- Pengawalan penggunaan minuman keras perlu diwujudkan dengan mengenakan label tertentu pada botol sebagaimana dipraktikkan ke atas produk tembakau dan vape supaya masyarakat khususnya bukan Islam lebih berhati-hati dalam penggunaannya.
KUALA LUMPUR — Minuman keras atau alkohol juga perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Dasar Penamat Generasi (GEG) yang kini hanya melibatkan produk tembakau dan vape.
Mencadangkan perkara itu, seorang pengguna Facebook, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata tindakan terbabit dapat mewujudkan negara bebas daripada sebarang bentuk amalan memabukkan menjelang 2045.
Katanya, perkara itu juga dapat melindungi masyarakat daripada pelbagai masalah melibatkan minuman keras seperti pemandu mabuk.
“Semangat GEG ini bagus tapi bukan cenderung kepada tembakau dan vape sahaja… ahli-ahli akademik, politik you kena jujur jangan penakut minuman keras tidak boleh (sebut) nanti hilang undi, orang kata perkauman eh apa benda ini? Ini soal kesihatan rakyat Malaysia.
“Bila kita sebut tentang kesihatan, keselamatan dia merangkumi semualah kita nak orang Cina, India, Sabah dan Sarawak selamat bukan ohh sebut benda ini tidak boleh nanti jadi isu 3R ini semua merapu.
“Saya harapkan isu kesihatan ini mana mana profesor ini masukkan juga minuman keras kena be fair kita nak pastikan negara kita bebas daripada penggunaan tembakau juga vape dan pada masa sama bebas minuman keras,” katanya dalam hantaran di Facebook (FB) hari ini.
Menurut Shafiq, antara masalah kesihatan dan sosial disumbangkan penggunaan minuman keras adalah masalah hati, pankreas, keganasan seksual, keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Katanya, pengawalan penggunaan minuman keras perlu diwujudkan dengan mengenakan label tertentu pada botol sebagaimana dipraktikkan ke atas produk tembakau dan vape supaya masyarakat, khususnya bukan Islam lebih berhati-hati dalam penggunaannya.
Label tersebut adalah seperti meletakkan amaran, ‘Minum minuman keras boleh menyebabkan penyakit pankreas’, ‘minum minuman keras boleh menyebabkan masalah hati atau kemalangan jalan raya akibat mabuk’.
Beliau berkata perkara itu bukanlah bertujuan mengharamkan atau mengganggu agama mahupun kaum lain, sebaliknya ia langkah pengawalan berikutan isu minuman keras juga melibatkan kesihatan.
“Kita bukan nak haramkan, yang nak minum minumlah kalau sampai nak mabuk macam mana pun, tetapi kita nak bincangkan dari sudut kesihatan sebab memang ada masalah kesihatan maknanya kita kena buat GEG.
“Orang yang berusia sekarang ini 12 sehingga 15 tahun dia tidak minum arak dan kita nak pastikan bila dia berusia 18 tahun dan ke depan mereka ini tidak akan minum minuman keras ini,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Mohamad Shafiq Abdul Halim