Connect with us

Antarabangsa

11 maut insiden tembakan cuti hujung minggu di Chicago

Satu lagi cuti hujung minggu mengundang maut di Chicago dengan 58 individu ditembak dan 11 terbunuh dalam insiden keganasan senjata api berterusan di bandar itu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Polis di tempat kejadian di Chicago.
  • Satu lagi cuti hujung minggu mengundang maut di Chicago dengan 58 individu ditembak dan 11 terbunuh dalam insiden keganasan senjata api berterusan di bandar itu. 
  • Mangsa terlibat, termasuk dua kanak-kanak kecil tercedera akibat tembakan dilepaskan di dalam rumah didiami mereka.
  • Ramai daripada mangsa, termasuk William Hair, 34, hanya berdiri di kaki lima apabila penyerang mereka memandu dan menembak. “Tiga blok dari rumahnya, sebuah kereta berhenti,” kata abang lelaki itu, Matthew Hair kepada NBC News Chicago. 
  • “Terdapat dua das tembakan dilepaskan, satu setiap orang. Mereka tidak meminta wang. Mereka tidak meminta apa-apa. Mereka (betul-betul) menembak tanpa sebab,” katanya.
  • Tembakan di seluruh AS menyebabkan sekurang-kurangnya 16 maut dan berpuluh-puluh cedera pada cuti hujung minggu lalu.

Satu lagi cuti hujung minggu mengundang maut di Chicago dengan 58 individu ditembak dan 11 terbunuh dalam insiden keganasan senjata api berterusan di bandar itu. 

Mangsa terlibat, termasuk dua kanak-kanak kecil tercedera akibat tembakan dilepaskan di dalam rumah didiami mereka.

RT melaporkan insiden tembakan itu berlaku di antara jam enam petang pada Jumaat sehingga 11:59 malam pada Isnin, menurut polis, dengan mangsa terlibat berumur di antara dua tahun hingga 77 tahun. 

Kekecohan dilaporkan itu menandakan hujung minggu Hari Peringatan Perajurit paling dahsyat pernah berlaku di Chicago dalam tempoh lapan tahun dan berlaku pada cuti pertama Datuk Bandar Brandon Johnson semenjak beliau memegang jawatan itu awal bulan ini.

Keganasan itu tidak terhenti setakat tembak menembak. 

Seorang wanita juga ditemui mati ditikam awal pagi Sabtu di lorong kurang dua blok dari rumah Johnson di kawasan kejiranan Austin di bandar itu. 

Seorang lelaki berusia 36 tahun pula ditembak dan cedera kira-kira lima blok dari rumah datuk bandar pada petang Isnin. 

Kedua-dua insiden tembakan itu membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun berlaku pada petang Ahad.

Ramai daripada mangsa, termasuk William Hair, 34, hanya berdiri di kaki lima apabila penyerang mereka memandu dan menembak. 

“Tiga blok dari rumahnya, sebuah kereta berhenti,” kata abang lelaki itu, Matthew Hair kepada NBC News Chicago. 

“Terdapat dua das tembakan dilepaskan, satu setiap orang. Mereka tidak meminta wang. Mereka tidak meminta apa-apa. Mereka (betul-betul) menembak tanpa sebab,” katanya. Tiada suspek ditangkap. 

Tembakan di seluruh AS menyebabkan sekurang-kurangnya 16 maut dan berpuluh-puluh cedera pada cuti hujung minggu lalu.

Sembilan individu dilaporkan cedera apabila pertelingkahan antara dua kumpulan di Hollywood, Florida, berakhir dengan insiden tembakan di sepanjang laluan pantai yang sesak pada petang Isnin.

Lebih 100 individu ditembak, 18 maut dalam 69 kejadian berasingan di Chicago pada hujung minggu 4 Julai 2021.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *