Connect with us

Antarabangsa

Putin sahkan serangan Rusia ke atas ibu pejabat perisikan tentera Ukraine

Rusia menyasarkan ibu pejabat Direktorat Risikan Utama (GUR) tentera Ukraine di Kiev, kata Presiden Vladimir Putin mengesahkan perkara itu pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Putin sahkan serangan Rusia ke atas ibu pejabat perisikan tentera Ukraine
Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Rusia menyasarkan ibu pejabat Direktorat Risikan Utama (GUR) tentera Ukraine di Kiev, kata Presiden Vladimir Putin mengesahkan perkara itu pada Selasa.
  • “Kami bercakap berkenaan kemungkinan menyerang ‘pusat membuat keputusan.’ Sememangnya, ibu pejabat perisikan tentera Ukraine termasuk dalam kategori itu dan ia telah diserang dua atau tiga hari lalu,” kata Putin dipetik RT.
  • Presiden Rusia itu juga mengakui serangan dron Ukraine ke atas Moscow yang berlaku pada awal hari itu. 
  • Berbeza dengan Ukraine yang menyasarkan “bangunan kediaman” di Rusia, Moscow hanya menyerang sasaran ketenteraan, seperti tempat pembuangan peluru atau depot bahan api, dengan menggunakan senjata “berketepatan tinggi”, kata Putin.

Rusia menyasarkan ibu pejabat Direktorat Risikan Utama (GUR) tentera Ukraine di Kiev, kata Presiden Vladimir Putin mengesahkan perkara itu pada Selasa.

“Kami bercakap berkenaan kemungkinan menyerang ‘pusat membuat keputusan.’ Sememangnya, ibu pejabat perisikan tentera Ukraine termasuk dalam kategori itu dan ia telah diserang dua atau tiga hari lalu,” kata Putin dipetik RT.

Presiden Rusia itu juga mengakui serangan dron Ukraine ke atas Moscow yang berlaku pada awal hari itu. 

Matlamat utama serangan sedemikian adalah cuba “menakut-nakutkan” warga Rusia yang merupakan tanda-tanda jelas “aktiviti keganasan” dari pihak Kiev, kata Putin.

Berbeza dengan Ukraine yang menyasarkan “bangunan kediaman” di Rusia, Moscow hanya menyerang sasaran ketenteraan, seperti tempat pembuangan peluru atau depot bahan api, dengan menggunakan senjata “berketepatan tinggi”, katanya.

Pertahanan anti-pesawat Moscow dikelaskan sebagai “okay” dalam menangkis serangan terbaharu itu, kata Putin sambil mengakui adanya ruang penambahbaikan.

Matlamat utama Kiev untuk menyerang Moscow dan bandar-bandar Rusia yang lain secara sembarangan akan mencetuskan “tindak balas cermin” (tindak balas sama) dari Rusia, kata Putin.

“Mereka melakukan provokasi supaya kami mengambil tindakan sama. Kami akan lihat apa sepatutnya dilakukan mengenainya. Namun, rakyat Ukraine, yang sudah tentu tidak dapat berkata apa-apa kini memandangkan Ukraine mencetuskan keganasan terhadap populasi awamnya, mesti sedar apa yang didesak pihak berkuasa (mereka),” kata Putin.

Beliau berkata ancaman paling teruk adalah termasuk usaha berterusan Kiev “mengganggu” kerja Loji Kuasa Nuklear Zaporozhye serta percubaan menggunakan peranti nuklear “kotor”.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *