Antarabangsa
(VIDEO) Anak potong rambut ‘pelanggan’, wanita terpaksa bayar lebih RM7,400 di salon
Seorang ibu yang membawa anak perempuannya pergi ke salon kecantikan terpaksa membayar RMB11,500 (RM7,484) apabila anaknya berusia enam tahun itu memotong rambut seorang gadis, lapor Nextapple News.
- Seorang ibu yang membawa anak perempuannya pergi ke salon kecantikan terpaksa membayar RMB11,500 (RM7,484) apabila anaknya berusia enam tahun itu memotong rambut seorang gadis.
- Mangsa tidak berpuas hati dengan “gaya rambut barunya” dan segera menghubungi polis.
- Salon kecantikan itu pula terpaksa memberi perkhidmatan percuma bernilai RMB12,000 (RM7,809) atas faktor kecuaian pengurusan.
China – Seorang ibu yang membawa anak perempuannya pergi ke salon kecantikan terpaksa membayar RMB11,500 (RM7,484) apabila anaknya berusia enam tahun itu memotong rambut seorang gadis, lapor Nextapple News.
Seorang ibu di Dongguan, Wilayah Guangdong membawa anak perempuannya ke salon kecantikan beberapa hari lalu.
View this post on Instagram
Insiden itu berlaku ketika beliau sedang membaca mesej di telefon sambil membuat rawatan rambutnya, pendandan rambut sibuk menyediakan pewarna rambut dan seorang gadis berambut panjang sedang menunggu pendandan rambut itu.
Kanak-kanak itu dikatakan berasa bosan dan mengambil gunting, lalu memotong rambut gadis berkenaan.
Mangsa tidak berpuas hati dengan “gaya rambut barunya” dan segera menghubungi polis.
Ibu kanak-kanak perempuan itu terpaksa membayar pampasan RMB11,500 kepada mangsa, manakala salon kecantikan itu pula memberi perkhidmatan percuma bernilai RMB12,000 (RM7,809) atas faktor kecuaian.
Sumber: Nextapple News
You must be logged in to post a comment Login