Antarabangsa
Krisis keselamatan makanan: Australia salur bantuan kepada negara Timur Tengah, Afrika
Kerajaan Australia telah mengumumkan untuk menyalurkan dana bagi membantu masalah kebuluran di Afrika dan Timur Tengah, lapor Xinhua.
- Kerajaan Australia telah mengumumkan untuk menyalurkan dana bagi membantu masalah kebuluran di Afrika dan Timur Tengah, lapor Xinhua.
- Menteri Luar, Penny Wong pada Isnin berkata kerajaan akan menyumbang AU$29 juta (US$18.9 juta) daripada Tabung Kecemasan Kemanusiaan untuk tindak balas krisis keselamatan makanan yang semakin meningkat dan membantu golongan rentan di Timur Tengah dan Afrika.
- Lebih separuh pembiayaan akan digunakan untuk menangani keperluan kemanusiaan, perpindahan dan perlindungan penduduk di kawasan yang dilanda kemarau di Kenya, Ethiopia dan Somalia, dengan selebihnya untuk bantuan makanan di Yaman, Lubnan dan Jordan.
CANBERRA – Kerajaan Australia telah mengumumkan untuk menyalurkan dana bagi membantu masalah kebuluran di Afrika dan Timur Tengah, lapor Xinhua.
Menteri Luar Penny Wong pada Isnin berkata kerajaan akan menyumbang AU$29 juta (US$18.9 juta) daripada Tabung Kecemasan Kemanusiaan untuk tindak balas krisis keselamatan makanan yang semakin meningkat dan membantu golongan rentan di Timur Tengah dan Afrika.
Lebih separuh pembiayaan akan digunakan untuk menangani keperluan kemanusiaan, perpindahan dan perlindungan penduduk di kawasan yang dilanda kemarau di Kenya, Ethiopia dan Somalia, dengan selebihnya untuk bantuan makanan di Yaman, Lubnan dan Jordan.
Menurut kerajaan Australia, bilangan penduduk di seluruh dunia yang berisiko menghadapi masalah kekurangan makanan akut telah meningkat kepada 350 juta sejak pandemik COVID-19.
Sumber: Bernama