Antarabangsa
LGBT tidak akan ‘menyusup’ dalam kepimpinan Türkiye – Presiden Erdogan
Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang menggambarkan dirinya sebagai pembela nilai-nilai tradisional Islam di Turkiye sekali lagi melabelkan pembangkang dengan ‘LGBT’ serta menegaskan ideologi liberal Barat tidak akan menyusup dalam parti pemerintahan atau sekutu nasionalnya.
- Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang menggambarkan dirinya sebagai pembela nilai-nilai tradisional Islam di Turkiye sekali lagi melabelkan pembangkang dengan ‘LGBT’ serta menegaskan ideologi liberal Barat tidak akan menyusup dalam parti pemerintahan atau sekutu nasionalnya.
- Menjelang pilihan raya, Erdogan berulang kali mendakwa pesaing dan sekutunya sebagai pro-LGBT dan menyuarakan kenyataan sama dalam ucapan kemenangannya di hadapan orang ramai di Istanbul.
- “Setiap pilihan raya satu kelahiran semula bagi kita. Keluarga adalah suci bagi kita. Tiada siapa boleh bersuara menentang keluarga. Keganasan terhadap wanita pula sesuatu yang dilarang, ia haram,” kata Erdogan.
- Kilicdaroglu bukan penyokong lantang hak golongan gay tetapi beliau berjanji untuk mengembalikan semula Konvensyen Istanbul jika dipilih, bertujuan untuk mengukuhkan hukuman undang-undang bagi keganasan terhadap wanita.
- Türkiye yang menarik diri (daripada konvensyen itu) pada 2021 menyatakan ia telah “diubah sekumpulan manusia yang cuba menormalisasikan homoseksualiti.”
Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang menggambarkan dirinya sebagai pembela nilai-nilai tradisional Islam di Turkiye sekali lagi melabelkan pembangkang dengan ‘LGBT’ serta menegaskan ideologi liberal Barat tidak akan menyusup dalam parti pemerintahan atau sekutu nasionalnya.
Majlis Pilihan Raya Tertinggi Türkiye mengesahkan kemenangan Erdogan ke atas Kemal Kilicdaroglu pada petang Ahad.
Menjelang pilihan raya, Erdogan berulang kali mendakwa pesaing dan sekutunya sebagai pro-LGBT dan menyuarakan kenyataan sama dalam ucapan kemenangannya di hadapan orang ramai di Istanbul.
Menyenaraikan puak dalam blok perikatan kebangsaan enam parti bersama Kilicdaroglu dan sebuah parti politik pro-Kurdish, beliau bertanya kepada penyokong sama ada mereka bersetuju CHP, HDP, IYI dan “beberapa lelaki sebelah mereka” semuanya (sebagai) “LGBT” dengan sahutan meriah hadirin.
“Tetapi bolehkah LGBT menyelinap masuk ke dalam Parti AK? Bolehkah ia menyusup ke dalam MHP? Bolehkah ia menyusup masuk ke dalam ahli Perikatan Rakyat yang lain?” tanya pemimpin baru terpilih itu secara retorik sambil mengisytiharkan pakatan pemerintahan dan sekutunya akan sentiasa berdiri mempertahankan nilai tradisional Türkiye.
“Setiap pilihan raya satu kelahiran semula bagi kita. Keluarga adalah suci bagi kita. Tiada siapa boleh bersuara menentang keluarga. Keganasan terhadap wanita pula sesuatu dilarang, ia haram,” kata Erdogan.
Kilicdaroglu bukanlah penyokong lantang hak golongan gay tetapi beliau berjanji untuk mengembalikan semula Konvensyen Istanbul jika dipilih.
Ditandatangani 45 negara serta Kesatuan Eropah pada 2011, konvensyen itu bertujuan mengukuhkan hukuman undang-undang bagi keganasan terhadap wanita.
Türkiye menarik diri (daripada konvensyen itu) pada 2021 menyatakan ia telah “diubah sekumpulan manusia yang cuba menormalisasikan homoseksualiti.”
Perkara itu berkemungkinan merujuk kepada penyenaraian lelaki transgender, yang secara biologinya lelaki, (dikira) sebagai wanita.
Ramai pegawai dalam kerajaan konservatif Erdogan melihat ideologi LGBT sebagai “agama” bagi Amerika dan Eropah, sesuatu yang terasing dari moral rakyat Türkiye.
“Mereka cuba… mencacatkan masyarakat kita di bawah nama LGBT,” kata Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu pada Februari lalu.
Dalam sebuah perhimpunan pada April lalu, Erdogan berkata golongan muda tidak seharusnya “melihat (tinggi) LGBT” dan “tidak menentang perkahwinan.”
Sumber: RT