Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Hindutva serang bas jemaah haji India

Beberapa jemaah haji tercedera selepas kumpulan pelampau Hindutva menyerang bas mereka di Kota, Rajasthan, India.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Hindutva serang bas jemaah haji India
Foto: Keadaan Bas selepas diserang kumpulan pelampau Hindutva di Kota, Rajasthan, India.

Beberapa jemaah haji tercedera selepas kumpulan pelampau Hindutva menyerang bas mereka di Kota, Rajasthan, India.

Memetik laporan Free Press Kashmir, kejadian berlaku pada Rabu malam ketika bas itu sedang dalam perjalanan membawa jemaah haji ke lapangan terbang di Jaipur.

Pelampau Hidnutva menahan bas itu dan membaling batu ke arah mereka, menyebabkan ramai tercedera dan kerosakan pada bas.

Menerusi satu rakaman video, kedengaran jemaah terbabit berkata yang kumpulan berhaluan kanan Hindu itu menyerbu masuk ke dalam bas dan mula menyerang apabila mendapati mereka semua adalah Muslim.

Selain itu, mereka turut dipaksa melaungkan kata-kata pujaan Hindu “Jai Shri Ram” (Maha suci Tuhan Ram).

Pelampau Hindu itu juga mengugut untuk menculik gadis-gadis muda yang ada di dalam bas itu.

Pihak polis tempatan telah membuka siasatan terhadap serangan itu dan beberapa suspek ditahan.

Serangan itu membuktikan sikap tidak bertoleransi di India selain memberi peringatan tentang bahaya dihadapi umat Islam di sana, terutama dengan kebangkitan pelampau Hindutva.

Hindutva adalah ideologi nasionalis Hindu untuk menjadikan India negara Hindu sepenuhnya.

Pertubuhan Hindutva didakwa menghasut keganasan terhadap orang Islam dan minoriti agama lain.

Sumber: Free Press Kashmir

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *