Antarabangsa
Erdogan akhiri kempen pemilihan presiden Turkiye dengan lawatan ke Masjid Sultan Eyup
Penyandang Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengakhiri kempen pemilihan presiden untuk pusingan kedua dengan melawat Masjid Sultan Eyup yang terkenal di Istanbul.
- Penyandang Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengakhiri kempen pemilihan presiden untuk pusingan kedua dengan melawat Masjid Sultan Eyup yang terkenal di Istanbul.
- Masjid Sultan Eyup adalah salah satu masjid terpenting di Turkiye, dan terletak di tapak makam sahabat Nabi Muhammad (SAW), Abu Ayyub al-Ansari.
- Menurut laporan The Peninsula, Erdogan mengakhiri kempen pilihan rayanya untuk pusingan pertama undian dengan melawat ke Hagia Sophia, di mana beliau menunaikan solat maghrib dan membaca ayat-ayat al-Quran.
Penyandang Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengakhiri kempen pemilihan presiden untuk pusingan kedua dengan melawat Masjid Sultan Eyup yang terkenal di Istanbul.
Masjid Sultan Eyup adalah salah satu masjid terpenting di Turkiye, dan terletak di tapak makam sahabat Nabi Muhammad (SAW), Abu Ayyub al-Ansari.
Menurut laporan The Peninsula, Erdogan mengakhiri kempen pilihan rayanya untuk pusingan pertama undian dengan melawat ke Hagia Sophia, di mana beliau menunaikan solat maghrib dan membaca ayat-ayat al-Quran.
Dalam pada itu, proses pengundian dibuka pada pukul 8 pagi waktu tempatan ketika pusingan pilihan raya presiden yang pertama di negara itu bermula pada hari Ahad di Turkiye.
Pengundi dilihat membuang undi di pusat mengundi untuk memilih presiden bagi tempoh lima tahun.
Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang pada hari Ahad.
Penyandang Presiden Recep Tayyip Erdogan mengetuai pusingan pertama pilihan raya, yang diadakan pada 14 Mei lalu, dengan memperoleh 49.5 peratus sokongan.
Manakala pencabar utama iaitu pembangkang, Kemal Kilicdaroglu, memperoleh 44.9 peratus.
Sumber: The Peninsula