Antarabangsa
Ketua angkatan tentera Sudan minta PBB pecat utusan khas
Ketua angkatan tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan, mendakwa utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Perthes, menyemarakkan konflik kejam dengan kumpulan separa tentera Pasukan Tindakan Pantas (RSF).
- Ketua angkatan tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan, mendakwa utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Perthes, menyemarakkan konflik kejam dengan kumpulan separa tentera Pasukan Tindakan Pantas (RSF).
- Dakwaan itu dikatakan tindakan terkini dalam siri langkah nyata untuk meningkatkan usaha peperangan.
- Abdel, menerusi suratnya, mendakwa Volker berat sebelah dan tidak menghormati kedaulatan negara serta memberi gambaran mengelirukan mengenai konsensus dalam laporan kepada PBB.
- Misi PBB di Sudan diketuai Volker menjadi sasaran siri protes oleh ribuan penyokong tentera dan Islam yang mendakwa beliau sebagai ‘campur tangan asing’, selain menggesa dia dipecat sejak akhir 2022. Demonstrasi sama berlaku di timur bandar Pelabuhan Sudan sejak perang bermula.
KHARTOUM: Ketua angkatan tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan, mendakwa utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Perthes, menyemarakkan konflik kejam dengan kumpulan separa tentera Pasukan Tindakan Pantas (RSF).
Dakwaan itu dikatakan tindakan terkini dalam siri langkah nyata untuk meningkatkan usaha peperangan.
Abdel, menerusi suratnya, mendakwa Volker berat sebelah dan tidak menghormati ‘kedaulatan negara’ serta memberi gambaran mengelirukan mengenai ‘konsensus’ dalam laporan kepada PBB.
Beliau antara lain mendakwa, bekas timbalannya yang kini mengetuai RSF, Mohamed Hamdan Daglo, tidak akan melancarkan operasi ketenteraannya jika tiada galakan sedemikian.
Perthes bagaimanapun kekal ‘optimis’ serta mengakui terkejut dengan perkembangan berhubung peperangan itu.
Sementara itu, Ketua PBB, Antonio Guterres, mengakui ‘terkejut’ menerima surat Burhan, meminta ‘calon ganti’ dan mendakwa Volker melakukan ‘penipuan dan maklumat palsu’ ketika proses pemudah cara politik.
Abdel dan Hamdan dijadual bertemu untuk rundingan dianjurkan PBB pada 15 April lalu.
Ia bertujuan memulihkan peralihan kepada pentadbiran awam yang terganggu sejak 2021 apabila Ahmed dan Hamdan bersama-sama melakukan rampasan kuasa.
Namun, mereka bertelingkah selepas itu susulan usaha menggabungkan RSF ke dalam angkatan tentera dan pertelingkahan semakin buruk sehingga masyarakat antarabangsa terpaksa campur tangan cuba mendamaikan keadaan.
Misi PBB di Sudan diketuai Volker menjadi sasaran siri protes oleh ribuan penyokong tentera dan Islam yang mendakwa beliau sebagai ‘campur tangan asing’, selain menggesa dia dipecat sejak akhir 2022. Demonstrasi sama berlaku di timur bandar Pelabuhan Sudan sejak perang bermula.
Bagaimanapun, pihak memulakan serangan masih gagal dikenal pasti, manakala Projek Data Peristiwa dan Lokasi Konflik Bersenjata merekodkan lebih 1,800 mangsa terkorban akibat pergolakan di seluruh Sudan itu.
PBB pula berkata lebih sejuta hilang tempat tinggal di Sudan, selain 319,000 orang melarikan diri ke negara jiran, menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan serantau.
Antonio menerusi kenyataan daripada jurucakap PBB, Stephane Dujarric, berkata beliau ‘terkejut dengan surat’ Ahmed, selain menyatakan ‘bangga dengan tugasan dilakukan Volker, selain menyuarakan sokongan penuh kepada wakil khasnya itu.
Gencatan senjata selama seminggu diuruskan Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi sebelum ini, akan tamat pada malam esok.
Agensi akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, AS dan Arab Saudi menyeru pihak bertelagah berbincang untuk meneruskan gencatan senjata, selain membantu ‘agihan bantuan kemanusiaan’ kepada orang awam.
Sumber: Berita Harian