Antarabangsa
Warga Sepanyol peluk Islam setiap minggu di Masjid Granada
Selama bertahun-tahun setiap Jumaat ada saja warga Sepanyol memeluk Islam, melafazkan kalimah syahadah dan menyertai agama paling pesat berkembang di dunia itu.
- Selama bertahun-tahun setiap Jumaat ada saja warga Sepanyol memeluk Islam, melafazkan kalimah syahadah dan menyertai agama paling pesat berkembang di dunia itu.
- Menurut laporan About Islam dalam video dikongsikan Anadolu Agency dan Euro News, seorang pemuda Sepanyol, Jose Miguel dilihat melafazkan syahadah di Masjid Granada, selepas solat Jumaat.
- “Hampir setiap Jumaat, ada seorang warga Sepanyol yang memeluk Islam di masjid kami,” kata Presiden Persatuan Masyarakat Islam Sepanyol dan Yayasan Masjid Agung Granada, Umar del Pozo.
- Menurut rekod rasmi, penduduk Islam yang menetap di Sepanyol meningkat 10 kali ganda dalam tempoh 30 tahun lepas, melebihi 2.5 juta orang.
Selama bertahun-tahun setiap Jumaat ada saja warga Sepanyol memeluk Islam, melafazkan kalimah syahadah dan menyertai agama paling pesat berkembang di dunia itu.
Menurut laporan About Islam dalam video dikongsikan Anadolu Agency dan Euro News, seorang pemuda Sepanyol, Jose Miguel dilihat melafazkan syahadah di Masjid Granada, Sepanyol, selepas solat Jumaat.
“Hampir setiap Jumaat, ada warga Sepanyol memeluk Islam di masjid kami,” kata Presiden Persatuan Masyarakat Islam Sepanyol dan Yayasan Masjid Agung Granada, Umar del Pozo.
“Terdapat peningkatan besar dalam jumlah warga Sepanyol yang memeluk Islam, terutama selepas pandemik COVID-19. Ini membuatkan kami gembira dan bangga.
“Kira-kira 36,000 orang Islam tinggal di bandar dan daerah Granada.
“Dan kira-kira 3,700 daripada mereka adalah warga Sepanyol yang memeluk Islam dan anak-anak generasi ketiga mereka,” kata Umar.
Setiausaha Suruhanjaya Islam Sepanyol, Mohamed Ajana berkata penduduk Islam yang menetap di Sepanyol meningkat 10 kali ganda dalam tempoh 30 tahun lepas, melebihi 2.5 juta, menurut rekod rasmi.
Selain itu, angka bukan rasmi mengatakan kira-kira 3 juta penganut Islam tinggal di Sepanyol.
Menurut Kesatuan Komuniti Islam (UCIDE), penganut Islam membentuk 3.8 peratus daripada penduduk Sepanyol di mana 40 peratus daripada jumlah itu adalah warga Sepanyol dan 60 peratus adalah pendatang.
Orang Islam di Sepanyol kebanyakannya berasal dari Maghribi.
Namun terdapat sejumlah besar Muslim Pakistan dan Senegal di bandar-bandar seperti Barcelona, Valencia dan Logrono.
Sumber: About Islam