Terkini
Kenyataan bercanggah, tidak jelas pihak kerajaan punca kekeliruan isu kalimah Allah – Peguam
Kenyataan bercanggah, tidak selari dan tidak lengkap pihak kerajaan, sama ada dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau menteri-menteri kabinet, adalah punca kekeliruan masyarakat dalam isu kalimah Allah.
- Kenyataan bercanggah, tidak selari dan tidak lengkap pihak kerajaan, sama ada dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau menteri-menteri kabinet, adalah punca kekeliruan masyarakat dalam isu kalimah Allah.
- Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla berkata kekeliruan tidak akan timbul sekiranya pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan yang jelas dan tidak berubah-ubah dalam isu sensitif itu.
- “Jikalau Anwar Ibrahim tak nak orang ramai berbincang tentang kalimah Allah di luar, maka dia bertanggungjawab keluarkan kenyataan yang lengkap menyeluruh tanpa kenyataan yang menjadi tidak selari dan bercanggah.
- “Macam itu juga dia kata pada Selasa di Dewan Rakyat, dia kata Peguam Negara yang telah pun menasihati untuk menarik balik.
- “Tapi bagaimanakah Peguam Negara yang menasihati menarik balik sedangkan Peguam Negara sama menasihati untuk memfailkannya? Ini dia tak jawab, sampai hari ini Peguam Negara tak keluarkan kenyataan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
- Peguam kanan itu mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan isu kalimah Allah tidak wajar dibincang dan dibahaskan secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan umat Islam di negara ini.
KUALA LUMPUR – Kenyataan bercanggah, tidak selari dan tidak lengkap pihak kerajaan, sama ada dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau menteri-menteri kabinet, adalah punca kekeliruan masyarakat dalam isu kalimah Allah.
Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla berkata kekeliruan tidak akan timbul sekiranya pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan yang jelas dan tidak berubah-ubah dalam isu sensitif itu.
Katanya, perbincangan umum dalam isu itu tidak seharusnya dilihat sebagai punca kekeliruan masyarakat.
“Jikalau Anwar Ibrahim tak nak orang ramai berbincang tentang kalimah Allah di luar, maka dia bertanggungjawab keluarkan kenyataan yang lengkap menyeluruh tanpa kenyataan yang menjadi tidak selari dan bercanggah.
“Macam itu juga dia kata pada Selasa di Dewan Rakyat, dia kata Peguam Negara yang telah pun menasihati untuk menarik balik.
“Tapi bagaimanakah Peguam Negara yang menasihati menarik balik sedangkan Peguam Negara sama menasihati untuk memfailkannya? Ini dia tak jawab, sampai hari ini Peguam Negara tak keluarkan kenyataan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
Haniff Khatri mengulas kenyataan Anwar semalam yang menyatakan isu kalimah Allah tidak wajar dibincang dan dibahaskan secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan umat Islam di negara ini.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata penghakiman mahkamah dalam kes itu adalah lebih merujuk kepada perihal arahan pentadbiran berhubung rampasan bahan penerbitan bukan terkait isu penggunaan kalimah Allah.
Mengulas perkara itu, Haniff Khatri berkata kerajaan perlu memahami setiap kes semakan kehakiman di mahkamah pada dasarnya adalah kes administratif (berkaitan pentadbiran), namun semakan itu merujuk kepada isu apa.
Beliau berkata, jika dilihat keputusan pentadbiran dalam kes ini, ia jelas berkaitan dengan isu penggunaan kalimah Allah dan undang-undang atau enakmen-enakmen yang melarang sebaran agama.
“So bagaimanakah kerajaan nak mengatakan nothing to do with that dan keputusan penting yang dibuat Mahkamah Tinggi berkaitan isu agama ialah apabila Mahkamah Tinggi membatalkan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjadi undang-undang pada masa itu untuk tempoh 35 tahun.
“Mahkamah membatalkan arahan itu sebagai tidak sah dan paling penting (sedangkan) dengan arahan itu pihak berkuasa, kastam, polis dapat membantu Majlis-Majlis Agama yang mempunyai enakmen anti sebaran agama lain itu untuk melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Menurut Haniff, ketika ini tanpa arahan sah, maka semua pihak tidak mempunyai kuasa untuk merampas jika ada pelanggaran enakmen yang dipantau majlis agama.
“Apabila you nak tarik balik rayuan, sepatutnya you dah buat siap dah arahan baru yang betul. So bila nak buat arahan ini?
“Menurut kenyataannya di Parlimen, masih dalam perangkaan. Dia kata, kami masih tidak berubah daripada keputusan kerajaan yang dulu… tapi mana dia arahan dah draft belum? Itu yang saya kata dalam 24 jam boleh sediakan, kalau suruh saya buat,” katanya.
Notis pemberhentian rayuan itu, yang difailkan pada 18 April lalu menyatakan kedua-dua perayu iaitu Kerajaan Malaysia dan Menteri KDN, tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos. — The Merdeka Times
You must be logged in to post a comment Login