Connect with us

Terkini

Padah pinjam ‘along’ di Singapura, dua keluarga di Malaysia putus hubungan

Kumpulan peminjam wang ‘along’ bertindak menyimbah cat dan memberi amaran kepada sebuah keluarga yang tinggal di Kapar, Selangor, akibat seorang daripada ahli keluarga itu (sepupu) tidak membayar balik pinjaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Padah pinjam 'along' di Singapura, dua keluarga di Malaysia putus hubungan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan peminjam wang ‘along’ bertindak menyimbah cat dan memberi amaran kepada sebuah keluarga yang tinggal di Kapar, Selangor, akibat seorang daripada ahli keluarga itu (sepupu) tidak membayar balik pinjaman.
  • Menurut laporan China Press, peminjam yang bernama Yu bekerja di Singapura dan membuat pinjaman along di negara itu. 
  • Namun ‘along’ telah datang ke rumah keluarga sepupunya untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman apabila alamat keluarga mangsa terdedah.
  • “Dia kata, dia nak pinjam SGD2,000 (RM6,840), tapi akhirnya dia cuma dapat SGD300. Namun, dia sudah bayar balik SGD4,000 (RM13,681). Dia telah menyekat nombor telefon along apabila menyedari tidak mampu untuk terus membayar balik pinjaman,” kata keluarga itu.

Klang – Kumpulan peminjam wang ‘along’ bertindak menyimbah cat dan memberi amaran kepada sebuah keluarga yang tinggal di Kapar, Selangor, akibat seorang daripada ahli keluarga itu (sepupu) tidak membayar balik pinjaman.

Menurut laporan China Press, peminjam yang bernama Yu bekerja di Singapura dan membuat pinjaman along di negara itu.

Namun ‘along’ telah datang ke rumah mangsa untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman apabila alamat keluarga mangsa terdedah.

Keluarga mangsa yang bernama Zhang memberitahu China Press, mereka sudah lama tidak berhubung dengan Yu.

Pada 8 Mei lalu, sekumpulan along datang ke rumah mereka untuk meminta wang pinjaman.

Mangsa berkata, “sekarang keluarga telah memutuskan hubungan dengan sepupu, tolong jangan datang ke rumah untuk mengganggu”.

Katanya, apabila along datang ke rumah, keluarga terbabit terus menghubungi sepupu mereka untuk mengetahui keadaan di mana Yu mengakui dia menghubungi syarikat pinjaman atas talian kerana kesulitan wang.

“Dia kata, dia nak pinjam SGD2,000 (RM6,840), tapi akhirnya dia cuma dapat SGD300. Namun, dia sudah bayar balik SGD4,000 (RM13,681). Dia telah menyekat nombor telefon along apabila menyedari tidak mampu untuk terus membayar balik pinjaman,” kata keluarga itu.

Mangsa memberitahu along datang ke rumah mereka pada 8 dan 18 Mei lalu melalui alamat di dałam kad pengenalan peminjam.

Keluarga mangsa membuat laporan polis dan polis mengarahkan Yu menyelesaikan masalah itu tetapi dia kini tidak dapat dikesan.

Zhang cuba menghubungi ibu Yu yang berkata dia akan menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, tiada tindakan diambil menyebabkan keluarga Zhang memutuskan hubungan dengan keluarga Yu dan meminta along tidak lagi mengganggu mereka.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *