Connect with us

Antarabangsa

Remaja maut kerana cabaran TikTok

Remaja perempuan berusia 13 tahun di Australia, meninggal dunia selepas dipercayai mencuba trend popular media sosial dikenali chroming.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Remaja maut kerana cabaran TikTok
Foto: Esra Haynes.
  • Remaja perempuan berusia 13 tahun di Australia, meninggal dunia selepas dipercayai mencuba trend popular media sosial dikenali chroming.
  • The Straits Times melaporkan, Esra Haynes mencuba trend itu dengan menyedut bahan seperti cat logam, pelarut, petrol dan bahan kimia daripada tin aerosol.
  • Menurut News.com.au, insiden itu berlaku pada 31 Mac lalu dan dan Esra menggunakan deodoran.
  • Berikutan itu, Esra mengalami serangan jantung dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan selama lapan hari selepas doktor berkata, otak remaja terbabit rosak dan tidak dapat dibaiki.

Melbourne: Remaja perempuan berusia 13 tahun di Australia, meninggal dunia selepas dipercayai mencuba trend popular media sosial dikenali chroming.

The Straits Times melaporkan, Esra Haynes mencuba trend itu dengan menyedut bahan seperti cat logam, pelarut, petrol dan bahan kimia daripada tin aerosol.

Menurut News.com.au, insiden itu berlaku pada 31 Mac lalu dan dan Esra menggunakan deodoran.

Berikutan itu, Esra mengalami serangan jantung dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan selama lapan hari selepas doktor berkata, otak remaja terbabit rosak dan tidak dapat dibaiki.

Akhirnya, keluarga remaja itu ambil keputusan untuk mematikan mesin pernafasannya.

Ia bukan kali pertama remaja Australia meninggal dunia selepas mencuba trend berkenaan.

Sejak 2019, dua remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas cuba melakukan trend sama.

Seorang lagi remaja perempuan mengalami kerosakan otak.

Selepas kematian Esra, Jabatan Pendidikan Victoria meningkatkan usahanya untuk menyediakan kanak-kanak dengan lebih banyak maklumat mengenai chroming dan kesan sampingan trend itu yang boleh membawa maut.

Ibu bapa mangsa juga dalam misi untuk meningkatkan kesedaran mengenai trend berbahaya itu.

“Kami mahu membantu kanak-kanak lain supaya tidak terjebak dengan trend tidak bermanfaat itu,” kata Haynes kepada Herald Sun.

Sumber: Harian Metro 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *