Terkini
Tidak faham bahasa Melayu, punca tak dapat bantuan kebajikan – ADUN Indera Kayangan
Tindakan pemimpin kaum Cina di Perlis yang jarang berkomunikasi dengan institusi kerajaan menyebabkan ramai penduduk berkelayakan tidak dapat menikmati faedah disediakan kerajaan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
- Tindakan pemimpin kaum Cina di Perlis yang jarang berkomunikasi dengan institusi kerajaan menyebabkan ramai penduduk berkelayakan tidak dapat menikmati faedah disediakan kerajaan, demikian menurut ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
- “Saya dapati kira-kira 70 peratus penduduk (kaum) Cina di negeri ini tidak begitu mengetahui tentang dasar kebajikan dilaksanakan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan, khususnya program e-kasih, serta ramai antara mereka tidak tahu kerajaan menyediakan kebajikan dan bantuan,” katanya dipetik Guan Ming Daily ketika hadir di program kebajikan di Kangar pada 24 Mei lalu.
- Wakil rakyat dari PH-PKR itu berkata, majoriti kelompok memerlukan bantuan itu juga tidak memahami bahasa Melayu dan menghadapi masalah halangan bahasa.
Tindakan pemimpin kaum Cina di Perlis yang jarang berkomunikasi dengan institusi kerajaan menyebabkan ramai penduduk berkelayakan tidak dapat menikmati faedah disediakan kerajaan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
“Saya dapati kira-kira 70 peratus penduduk (kaum) Cina di negeri ini tidak begitu mengetahui tentang dasar kebajikan dilaksanakan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan, khususnya program e-kasih, serta ramai antara mereka tidak tahu kerajaan menyediakan kebajikan dan bantuan,” katanya dipetik Guan Ming Daily ketika hadir di program kebajikan di Kangar pada 24 Mei lalu.
Wakil rakyat PH-PKR itu berkata majoriti kaum Cina yang tidak dapat menikmati kebajikan disediakan adalah warga emas, diikuti keluarga berpendapatan rendah.
Katanya, majoriti daripada kelompok terbabit tidak memahami bahasa Melayu dan menghadapi masalah halangan bahasa.
Beliau berharap pemimpin jawatankuasa perbandaran dan pertubuhan masyarakat Cina di Perlis memberikan kerjasama dan bantuan serta menyampaikan maklumat berkaitan program kebajikan kerajaan kepada rakyat supaya mereka berkelayakan dapat dibantu.
Sumber: Guang Ming Daily