Connect with us

Antarabangsa

PBB gesa Myanmar buka laluan kemanusiaan bantu mangsa ribut

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa Myanmar lebih terbuka memastikan bantuan untuk menyelamatkan nyawa sampai ke kawasan dilanda Taufan Mocha.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB gesa Myanmar buka laluan kemanusiaan bantu mangsa ribut
Foto: Gambar kawasan dilanda Taufan Mocha.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar lebih terbuka memastikan bantuan untuk menyelamatkan nyawa sampai ke kawasan dilanda Taufan Mocha.
  • Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menggesa pemerintah tentera negara itu membenarkan bantuan kepada negara terkesan akibat taufan berkenaan.
  • Taufan Mocha yang membawa hujan lebat dan angin berkelajuan 195 kilometer melanda Myanmar sehingga Bangladesh menyebabkan beberapa kerosakan seperti runtuhan bangunan serta jalan menjadi seperti sungai.
  • “Kerosakan dan kehilangan nyawa itu dapat dielakkan sekiranya sistem hak asasi manusia tidak dinafikan,” – Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk.

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa Myanmar lebih terbuka memastikan bantuan untuk menyelamatkan nyawa sampai ke kawasan dilanda Taufan Mocha.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menggesa pemerintah tentera negara itu untuk membenarkan bantuan kepada negara yang terkesan akibat taufan berkenaan.

Taufan Mocha yang membawa hujan lebat dan angin berkelajuan 195 kilometer sejam itu melanda Myanmar sehingga Bangladesh pada 14 Mei lalu, bencana itu menyebabkan beberapa kerosakan seperti runtuhan bangunan serta jalan menjadi seperti sungai.

“Kerosakan dan kehilangan nyawa itu dapat dielakkan sekiranya sistem hak asasi manusia tidak dinafikan,” kata Turk dalam sidang medianya.

“Penting sekiranya pihak tentera dapat menarik balik sekatan perjalanan dan membenarkan penilaian keperluan diadakan serta memastikan akses kepada penyampaian perkhidmatan dan bantuan dapat diberikan untuk menyelamatkan nyawa.

Junta Myanmar memaklumkan ada 148 kematian dan kebanyakannya membabitkan kaum Rohingya yang teraniaya di Rakhine.

“Sejak beberapa dekad lalu, pihak berkuasa Myanmar melucutkan kebebasan Rohingya serta tidak henti-henti menyerang kumpulan etnik itu sehingga menjejaskan keupayaan mereka untuk terus hidup,” kata Turk.

Rakhine ialah penempatan kepada ratusan ribu masyarakat Rohingya yang kebanyakannya tinggal di kem pemindahan disebabkan konflik etnik sejak berdekad lalu.

“Masyarakat yang dipindahkan sejak 2012 hidup dalam rumah daripada sementara dari buluh, dengan tentera Myanmar berulang kali menafikan permintaan agensi kemanusiaan untuk membina hidup yang lebih di kawasan yang kurang terdedah kepada banjir,” kata Turk.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *