Antarabangsa
Kerajaan Sudan seru masyarakat antarabangsa kecam RSF
Kerajaan Sudan menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) mengecam tindakan pemberontak Rapid Support Forces (RSF) serta jenayah yang dilakukan terhadap negeri, bandar dan misi diplomatik di negara ini.
- Kerajaan Sudan menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) mengecam tindakan pemberontak Rapid Support Forces (RSF) serta jenayah yang dilakukan terhadap negeri, bandar dan misi diplomatik di negara ini.
- Kerajaan juga menggesa masyarakat antarabangsa dan IGAD untuk mengklasifikasikan RSF sebagai organisasi pengganas, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman serta mendesak kepimpinan RSF untuk menarik balik pasukannya dari hospital dan kawasan kediaman.
- “Dalam hal ini, Kementerian Luar Sudan mengecam sekeras-kerasnya jenayah keganasan seksual, gangguan dan rogol yang dilapor dilakukan oleh pemberontak RSF,” menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Sudan di Malaysia.
- Menurut kenyataan itu, tindakan RSF termasuk menyekat rawatan perubatan dan kesihatan selain mengusir rakyat dari rumah mereka serta merompak harta benda mereka, dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sudan menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) mengecam tindakan pemberontak Rapid Support Forces (RSF) serta jenayah yang dilakukan terhadap negeri, bandar dan misi diplomatik di negara ini.
Kerajaan juga menggesa masyarakat antarabangsa dan IGAD untuk mengklasifikasikan RSF sebagai organisasi pengganas, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman serta mendesak kepimpinan RSF untuk menarik balik pasukannya dari hospital dan kawasan kediaman.
“Dalam hal ini, Kementerian Luar Sudan mengecam sekeras-kerasnya jenayah keganasan seksual, gangguan dan rogol yang dilapor dilakukan oleh pemberontak RSF,” menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Sudan di Malaysia.
Menurut kenyataan itu, tindakan RSF termasuk menyekat rawatan perubatan dan kesihatan selain mengusir rakyat dari rumah mereka serta merompak harta benda mereka, dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
Pada 15 April, konflik bersenjata tercetus di antara RSF dan Angkatan Bersenjata Sudan dengan pertempuran tertumpu di sekitar ibu kota Khartoum dan wilayah Darfur.
Setakat 16 Mei, sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,100 yang lain cedera.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula pada malam Isnin dan ia mungkin dilanjutkan.
Sebelum ini, Kementerian Luar Sudan menuduh RSF menyerang misi diplomatik di ibu negara Khartoum.
Sumber: Berita Harian