Connect with us

Antarabangsa

Media sosial bahayakan kanak-kanak, remaja

Pegawai kesihatan kanan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas kepada ibu bapa, syarikat teknologi dan penggubal dasar mengenai bukti menunjukkan penggunaan media sosial memberi kesan serius pada kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Media sosial bahayakan kanak-kanak, remaja
Foto: Ketua Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam AS, Vivek Murthy.
  • Pegawai kesihatan kanan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas kepada ibu bapa, syarikat teknologi dan penggubal dasar mengenai bukti menunjukkan penggunaan media sosial memberi kesan serius pada kanak-kanak.
  • Ketua Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam AS, Vivek Murthy, berkata meskipun media sosial ada manfaat, terdapat petunjuk mencukupi bahawa ia memiliki risiko serius terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja.
  • “Media sosial boleh membantu kanak-kanak dan remaja berhubung dengan komuniti, namun turut ada kandungan melampau, tidak sesuai dan berbahaya, yang boleh mendorong perbuatan mencederakan diri sendiri atau bunuh diri.
  • “Ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati berterusan pada diri sendiri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan mendedahkan kanak-kanak pada buli siber ketika mereka melalui fasa pertumbuhan minda yang kritikal,” katanya.

WASHINGTON: Pegawai kesihatan kanan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas kepada ibu bapa, syarikat teknologi dan penggubal dasar mengenai bukti menunjukkan penggunaan media sosial memberi kesan serius pada kanak-kanak.

Dalam satu makluman, Ketua Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam AS, Vivek Murthy, berkata meskipun media sosial ada manfaat, terdapat petunjuk mencukupi bahawa ia memiliki risiko serius terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja.

“Media sosial boleh membantu kanak-kanak dan remaja berhubung dengan komuniti, namun turut ada kandungan melampau, tidak sesuai dan berbahaya, yang boleh mendorong perbuatan mencederakan diri sendiri atau bunuh diri.

“Ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati berterusan pada diri sendiri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan mendedahkan kanak-kanak pada buli siber ketika mereka melalui fasa pertumbuhan minda yang kritikal,” katanya.

Sehubungan itu, Murthy meminta penggubal dasar memperkukuh piawaian keselamatan media sosial, selain menggesa syarikat teknologi menilai kesan produk mereka kepada kanak-kanak secara bertanggungjawab dan berkongsi data berkenaan dengan penyelidik.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk mewujudkan zon bebas gajet di rumah bagi menggalakkan komunikasi secara langsung, serta mendidik kanak-kanak menerusi contoh amalan dalam talian yang sihat lagi bertanggungjawab.

Ketika ini, data Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan AS merekodkan 95 peratus remaja menggunakan pentas sosial dan lebih satu pertiga mengaku menggunakannya hampir secara berterusan.

Makluman itu diterbitkan ketika pihak berkuasa seluruh AS sedang mencari kaedah untuk mengawal penggunaan media sosial dan mengekang kesan negatifnya, terutama kepada golongan muda.

Pada Mac lalu, Utah menjadi negeri AS pertama mewajibkan laman media sosial mendapatkan kebenaran ibu bapa bagi akaun yang digunakan golongan bawah umur.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *