Connect with us

Terkini

Menteri Pendidikan didakwa jemput pelajar sekolah menengah tonton ‘Anwar The Untold Story’

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didakwa menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) (SMKPP 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri).
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didakwa menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) (SMKPP 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda, semalam.
  • Dakwaan itu dibuat akaun TikTok @nadi.merpati menerusi perkongsian surat jemputan yang memaparkan tajuk; ‘Program Tayangan Eksklusif ‘ Anwar The Untold Story Bersama YBM Fadhlina Sidek’.
  • “Sampai macam ini sekali punya terdesak? Gunakan dana kerajaan kah? Adakah perlu keluar surat letterhead sekolah untuk hiburan atau tengok wayang?,” kata @nadi.merpati pada Rabu.
  • @nadi.merpati turut berkongsi memo mengandungi ‘Jemputan Ke Program Tayangan Amal Filem : Anwar, The Untold Story’ membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • The Merdeka Times cuba menghubungi KPM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan dakwaan dibuat @nadi.merpati, sumber kementerian bagaimanapun memaklumkan tiada sebarang maklum balas daripada Unit Komunikasi Korporat berhubung perkara tersebut setakat ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didakwa menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) (SMKPP 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda, semalam.

Dakwaan itu dibuat akaun TikTok @nadi.merpati menerusi perkongsian surat jemputan yang memaparkan tajuk; ‘Program Tayangan Eksklusif ‘ Anwar The Untold Story Bersama YBM Fadhlina Sidek’.

FOTO : Tangkap Layar Video Tiktok @nadi.merpati

“Sampai macam ini sekali punya terdesak? Gunakan dana kerajaan kah? Adakah perlu keluar surat letterhead sekolah untuk hiburan atau tengok wayang?,” kata @nadi.merpati pada Rabu.

Terbaharu, @nadi.merpati turut berkongsi memo mengandungi ‘Jemputan Ke Program Tayangan Amal Filem : Anwar, The Untold Story’ membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

FOTO : Tangkap Layar Video Tiktok @nadi.merpati

Menurut memo itu, tarikh tayangan amal tersebut adalah pada 20 Mei 2023 (Sabtu), jam 8 malam yang bertempat di GSC IOI City Mall Putrajaya Hall 10, L3-AT5 Aras 2, IOI City Hall, Putrajaya 43000 Serdang dan kod pakaian perlu kemas juga bersesuaian.

The Merdeka Times cuba menghubungi KPM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan dakwaan dibuat @nadi.merpati, sumber kementerian bagaimanapun memaklumkan tiada sebarang maklum balas daripada Unit Komunikasi Korporat berhubung perkara tersebut setakat ini.

Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.

Filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu berlatarkan tahun antara 1993 dan 1998 ketika Anwar memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. — The Merdeka Times

Sumber : Tiktok nadi.merpati

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *