Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin pelampau Hindutva antara suspek kes bunuh dua Muslim dibakar hidup-hidup

Polis Rajasthan menamakan pemimpin kumpulan pelampau Hindu ‘Bajrang Dal’, Monu Manesar dan 20 individu lain dalam kes pembunuhan dua lelaki Muslim di Haryana, India, yang disyaki menyeludup lembu pada Februari lalu, lapor media tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin pelampau Hindutva antara suspek kes bunuh dua Muslim dibakar hidup-hidup
Foto: Pemimpin kumpulan pelampau Hindu 'Bajrang Dal', Monu Manesar (dalam bulatan).
  • Polis Rajasthan menamakan pemimpin kumpulan pelampau Hindu ‘Bajrang Dal’, Monu Manesar dan 20 individu lain dalam kes pembunuhan dua lelaki Muslim di Haryana, India, yang disyaki menyeludup lembu pada Februari lalu.
  • Pembunuhan kejam Junaid dan Nasir menimbulkan kemarahan di India dan mendorong Manesar, yang sememangnya mempunyai ramai pengikut di media sosial selaku pemimpin Hindutva yang menyokong kekerasan terhadap Muslim, menjadi tajuk utama. 
  • Di tengah-tengah kekecohan itu, saluran Youtube Manesar telah digantung dan ini bermakna pemimpin pelampau Hindu itu tidak akan mendapat pendapatan dari video dimuat naiknya di Youtube.
  • Kedua-dua lelaki Muslim itu didakwa diserang dan diculik kumpulan pelampau Hindu yang membakar mereka hidup-hidup di dalam kereta, selepas dituduh menyeludup lembu.

New Delhi: Polis Rajasthan menamakan pemimpin kumpulan pelampau Hindu ‘Bajrang Dal’, Monu Manesar dan 20 individu lain dalam kes pembunuhan dua lelaki Muslim di Haryana, India, yang disyaki menyeludup lembu pada Februari lalu, lapor media tempatan.

The Wire melaporkan pembunuhan kejam Junaid dan Nasir menimbulkan kemarahan di India dan mendorong Manesar, yang sememangnya mempunyai ramai pengikut di media sosial selaku pemimpin Hindutva yang menyokong kekerasan terhadap Muslim, menjadi tajuk utama. 

Di tengah-tengah kekecohan itu, saluran Youtube Manesar telah digantung dan ini bermakna pemimpin pelampau Hindu itu tidak akan mendapat pendapatan dari video yang dimuat naiknya di Youtube.

Junaid dan Nasir merupakan sepupu dan tinggal di kampung Ghatmeeka di Rajasthan di mana protes berlaku beberapa minggu kemudian, untuk menuntut keadilan pembunuhan dua lelaki Muslim itu. 

Kedua-dua mereka didakwa diserang dan diculik kumpulan pelampau Hindu yang membakar mereka hidup-hidup di dalam kereta, selepas dituduh menyeludup lembu.

Kedua-dua lelaki itu dibunuh di Bhiwani, di bawah bidang kuasa Polis Haryana, yang dituduh tidak berlaku tegas terhadap Manesar. 

Kumpulan pelampau Hindu juga bergerak di sekitar Haryana untuk menyokong Manesar dan mengancam pihak polis supaya tidak menahannya.. 

Pada Ahad lalu (21 Mei 2023), polis di Rajasthan, negeri tempat tinggal Junaid dan Nasir, mengumumkan mereka menamakan 21 suspek dalam maklumat laporan pertama.

Sumber: The Wire

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *