Antarabangsa
Celup tuna dalam darah babi, penduduk Muslim gesa dibenarkan berniaga di pasar awam
Penduduk Islam tempatan menggesa Dewan Bandaraya untuk membenarkan Muslim berniaga ikan di pasar awam selepas tercetusnya isu penemuan tuna yang direndam dalam darah babi baru-baru ini.

- Penduduk Islam tempatan menggesa Dewan Bandaraya membenarkan Muslim berniaga ikan di pasar awam selepas tercetusnya isu penemuan tuna direndam dalam darah babi baru-baru ini.
- Pengerusi Majlis Penasihat Agama Islam Bandar General Santos, Sheik Ibrahim Andang Jr. turut menzahirkan rasa meluat dengan amalan perniagaan tidak bertanggungjawab oleh sebilangan peniaga yang tertangkap menjual daging tuna dicampur dengan darah babi.
- “Ia menipu. Masyarakat Islam benar-benar berasa sedih apabila mengetahui mereka menjual ikan bercampur darah babi. Itu haram.”
- “Kami dengar ia telah berlaku sejak sekian lama dan kini ia telah disahkan oleh pihak berkuasa kami. Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Tempatan membenarkan orang Islam untuk menjual ikan di pasar awam bagi memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa apa yang mereka akan beli adalah halal,” katanya kepada sebuah agensi berita.
FILIPINA – Penduduk Islam tempatan menggesa Dewan Bandaraya untuk membenarkan Muslim berniaga ikan di pasar awam selepas tercetusnya isu penemuan tuna yang direndam dalam darah babi baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Penasihat Agama Islam Bandar General Santos, Sheik Ibrahim Andang Jr. turut menzahirkan rasa meluat akan amalan perniagaan yang tidak bertanggungjawab oleh sebilangan peniaga yang tertangkap menjual daging tuna yang dicampur dengan darah babi.
“Ia menipu. Masyarakat Islam benar-benar berasa sedih apabila mengetahui mereka menjual ikan bercampur darah babi. Itu haram.”
“Kami dengar ia telah berlaku sejak sekian lama dan kini ia telah disahkan oleh pihak berkuasa kami. Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Tempatan membenarkan orang Islam untuk menjual ikan di pasar awam bagi memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa apa yang mereka akan beli adalah halal,” kata beliau kepada sebuah agensi berita.
Menurut Andang “tiada peniaga ikan Muslim di pasar awam terbesar di bandar ini” kerana gerai-gerai di bahagian ikan telah diberikan kepada peniaga Kristian.
Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar bahagian halal di pasar awam ditubuhkan sambil menyatakan bahawa beberapa pusat beli-belah utama di bandar tersebut telah menyediakan lorong halal khusus bagi menghormati pengguna Muslim.
Pada 15 Mei lalu, Kerajaan Tempatan menerusi Pasukan Penguatkuasaan dan Pemeriksaan Pasar menangkap empat pemilik gerai yang menjual daging tuna bersalut darah babi.
Kata Ketua Pasukan tersebut, Mudin Puyat, mereka menggunakan darah babi itu sebagai pewarna tiruan untuk menjadikan produk tuna kelihatan segar.
Seorang individu, Ustaz Alnor Baghdad Mohammad Tan dari Masjid Mohammad, General Santos berkata “Ia adalah satu penghinaan dan ketidakadilan secara terang-terangan terhadap kami, umat Islam, dan kumpulan-kumpulan agama lain yang dilarang untuk memakan babi, terutamanya darah babi. Ia adalah haram.”
Sumber: Samudera

You must be logged in to post a comment Login