Connect with us

Antarabangsa

Wanita lawat jantung sendiri di muzium

Seorang wanita di Britain baru-baru ini melawat sebuah muzium untuk melihat jantungnya yang telah dikeluarkan oleh doktor dalam satu pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya 16 tahun lalu, lapor laman berita Wion News Isnin lalu.

Published

on

Wanita lawat jantung sendiri di muzium
Foto: Jennifer Sutton bergambar bersama jantungnya yang dipamerkan di Muzium Hunterian di London.
  • Seorang wanita di Britain baru-baru ini melawat sebuah muzium untuk melihat jantungnya yang telah dikeluarkan oleh doktor dalam satu pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya 16 tahun lalu, lapor laman berita Wion News, Isnin lalu.
  • Jennifer Sutton, 38, dari Ringwood, Hampshire berkata, dia ‘sukar percaya’ apabila melihat jantungnya sendiri dipamerkan di Muzium Hunterian di London. 
  • Sutton kini merancang untuk mempromosikan kempen pendermaan organ yang disifatkan sebagai ‘hadiah paling hebat’ untuk diberi kepada seseorang.
  • Bercakap kepada Badan Penyiaran Britain (BBC), Sutton berkata, dia kini menjalani kehidupan yang aktif dan sibuk, selain merancang untuk ‘menjaga diri supaya bertahan selama mungkin’.

LONDON –  Seorang wanita di Britain baru-baru ini melawat sebuah muzium untuk melihat jantungnya yang telah dikeluarkan oleh doktor dalam satu pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya 16 tahun lalu, lapor laman berita Wion News Isnin lalu.

Jennifer Sutton, 38, dari Ringwood, Hampshire berkata, dia ‘sukar percaya’ apabila melihat jantungnya sendiri dipamerkan di Muzium Hunterian di London. 

Sutton kini merancang untuk mempromosikan kempen pendermaan organ yang disifatkan sebagai ‘hadiah paling hebat’ untuk diberi kepada seseorang.

Bercakap kepada Badan Penyiaran Britain (BBC), Sutton berkata, dia kini menjalani kehidupan yang aktif dan sibuk, selain merancang untuk ‘menjaga diri supaya bertahan selama mungkin’.

Ketika belajar di sebuah universiti, Sutton bergelut untuk melakukan senaman seperti berjalan mendaki bukit.

Dia kemudian disahkan menghidap kardiomiopati restrictive iaitu keadaan kesihatan yang menyekat keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Doktor berkata dia akan meninggal dunia jika tidak menjalani pemindahan jantung.

Kesihatan Sutton yang ketika itu berusia 22 tahun merosot dengan pantas ketika masih kekal dalam senarai menunggu. Pada Jun 2007, dia menemui penderma yang sepadan.

Selepas pembedahan, Sutton membenarkan Kolej Pakar Bedah Diraja menggunakan jantungnya untuk dipamerkan dan kini diletakkan di muzium tersebut.

Sumber: Kosmo 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author