Antarabangsa
Tidak mampu bayar mas kahwin, pengantin lelaki gigit lidah cuba bunuh diri
Tindakan pengantin perempuan enggan meneruskan perkahwinan kerana mas kahwin terkurang RMB10,000 (RM6,500) mengundang padah apabila pengantin lelaki cuba membunuh diri dengan menggigit lidahnya sendiri dalam satu majlis perkahwinan di Henan, China.
- Tindakan pengantin perempuan enggan meneruskan perkahwinan kerana mas kahwin terkurang RMB10,000 (RM6,500) mengundang padah apabila pengantin lelaki cuba membunuh diri dengan menggigit lidahnya sendiri dalam majlis perkahwinan di Henan, China.
- Pengantin lelaki itu dikatakan berjanji untuk membayar mas kahwin RMB200,000 (RM129,400) ketika melamar, namun gagal menepatinya pada hari perkahwinan.
- Pengantin perempuan tidak dapat menerima keadaan itu dan tidak mahu meneruskan perkahwinan sehingga menyebabkan pengantin lelaki cuba membunuh diri.
Tindakan pengantin perempuan enggan meneruskan perkahwinan kerana mas kahwin terkurang RMB10,000 (RM6,500) mengundang padah apabila pengantin lelaki cuba membunuh diri dengan menggigit lidahnya sendiri dalam satu majlis perkahwinan di Henan, China.
Memetik laporan Sinchew, sebuah video mengenai insiden itu tular di China baru-baru ini.
Seorang pengantin lelaki di Henan berjanji untuk membayar mas kahwin RMB200,000 (RM129,400) ketika melamar.
Namun pada hari perkahwinan, pengantin perempuan mendapati pengantin lelaki tidak menepati janji apabila mas kahwin diberikan tidak cukup RMB10,000.
Saudara-mara dan rakan-rakan cuba memujuk pengantin perempuan itu.
Pengantin lelaki juga memujuknya, berjanji akan membayar jumlah selebihnya pada masa akan datang.
Namun pengantin perempuan tetap tidak peduli dan bertekad untuk tidak meneruskan perkahwinan.
Keadaan menjadi buntu, wajah pengantin lelaki menjadi semakin terganggu sebelum dia cuba membunuh diri dengan menggigit lidahnya.
Pengantin lelaki dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan dan dilaporkan terselamat.
Difahamkan pengantin lelaki itu meminjam wang daripada saudara-mara dan rakan-rakan untuk menganjurkan majlis perkahwinan itu.
Namun dia hanya mampu mengumpulkan RMB190,000. Dia menyangka pengantin perempuan tidak akan kisah kekurangan RMB10,000.
Majlis perkahwinan itu yang sepatutnya menjadi hari bahagia itu hampir menjadi majlis pengebumian.
Sumber: Sinchew