Connect with us

Antarabangsa

Bahrain pulihkan hubungan diplomatik dengan Lubnan

Bahrain dan Lubnan bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik selepas setahun setengah ‘bertelagah’ disebabkan perbalahan mengenai konflik di Yaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bahrain pulihkan hubungan diplomatik dengan Lubnan
Foto: Perwakilan menghadiri mesyuarat persediaan menteri luar negara Arab menjelang Sidang Kemuncak Liga Arab ke-32.
  • Bahrain dan Lubnan bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik selepas setahun setengah ‘bertelagah’ disebabkan perbalahan mengenai konflik di Yaman.
  • Bahrain dan negara Teluk lain mengikuti Arab Saudi dengan memanggil semula diplomat mereka menjelang akhir 2021.
  • Krisis berlaku selepas seorang menteri Lubnan mengkritik campur tangan tentera Riyadh dalam perang di Yaman.
  • Manama, sekutu setia Riyadh, juga menyeru rakyatnya di Lubnan untuk meninggalkan negara itu.

MANAMA, 2 Zulkaedah 1444H, Isnin – Bahrain dan Lubnan bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik selepas setahun setengah ‘bertelagah’ disebabkan perbalahan mengenai konflik di Yaman.

Bahrain dan negara Teluk lain mengikuti Arab Saudi dengan memanggil semula diplomat mereka menjelang akhir 2021.

Krisis berlaku selepas seorang menteri Lubnan mengkritik campur tangan tentera Riyadh dalam perang di Yaman.

Manama, sekutu setia Riyadh, juga menyeru rakyatnya di Lubnan untuk meninggalkan negara itu.

Krisis diplomatik meletus pada Oktober 2021 selepas Menteri Penerangan Lubnan ketika itu dipetik mengkritik peranan Arab Saudi di Yaman, di mana perang yang berlaku menyebabkan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

George Kordahi, yang telah meletak jawatan, dalam temu bual televisyen berkata, pemberontak Houthi yang memerangi kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sedang ‘mempertahankan diri, menentang pencerobohan luar’.

Terkesan dengan komen itu, sebagai tindak balas, Riyadh memanggil semula dutanya dan mengarahkan utusan Lubnan meninggalkan kerajaan itu.

Sekutu Teluknya, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Kuwait mengikutinya, mengusir utusan Lubnan.

Bagaimanapun, Arab Saudi memulangkan utusannya ke Lubnan pada April tahun lalu.

Keputusan Bahrain itu dibuat sehari selepas sidang kemuncak Liga Arab di Arab Saudi, yang diadakan dengan latar belakang perhubungan yang tidak dijangka antara Riyadh dan Tehran, yang ditengahi oleh Beijing.

Pergolakan hubungan antara dua pesaing hebat di rantau itu telah membuka jalan kepada rombakan diplomatik di dunia Arab. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *