Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata tujuh hari di Sudan

Gencatan senjata sementara antara pihak yang bertelagah di Sudan berjaya dicapai, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi yang menjadi perantara kesepakatan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gencatan senjata tujuh hari di Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gencatan senjata sementara antara pihak bertelagah di Sudan berjaya dicapai, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi yang menjadi perantara kesepakatan itu.
  • Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, gencatan senjata tujuh hari itu ditandatangani oleh wakil dari Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF).
  • Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada 9.45 malam waktu tempatan pada Isnin.

Washington: Gencatan senjata sementara antara pihak yang bertelagah di Sudan berjaya dicapai, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi yang menjadi perantara kesepakatan itu.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, gencatan senjata tujuh hari itu ditandatangani oleh wakil dari Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF).

Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada 9.45 malam waktu tempatan pada Isnin, lapor UPI.

Pihak yang bertelagah turut bersetuju untuk AS dan Arab Saudi dengan sokongan antarabangsa memantau genjatan senjata itu untuk memastikan ia dipatuhi.

AS dan Arab Saudi serta dua pihak yang bertelagah akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pemantauan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *