Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Selepas 56 tahun, bekas tentera rejim Israel pulangkan kunci Masjid al-Aqsa

Seorang bekas tentera Israel pada Khamis lalu menyerahkan semula kunci pintu gerbang Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur selepas mencurinya 56 tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Selepas 56 tahun, bekas tentera rejim Israel pulangkan kunci Masjid al-Aqsa
Foto: Bekas tentera Israel, Yair Barack (kiri).
  • Seorang bekas tentera Israel pada Khamis lalu menyerahkan semula kunci pintu gerbang masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur selepas mencurinya 56 tahun lalu.
  • Menurut laporan MEMO, Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyiarkan video yang menunjukkan ketua pengarahnya Sheikh Azzam Al-Khatib menerima kunci daripada lelaki itu yang dikenali sebagai Yair Barack.
  • Dalam video itu, Yair berkata beliau adalah antara anggota batalion Israel yang bertempur di Baitulmaqdis Timur sambil menambah ramai rakan seperjuangannya mati semasa pertempuran pada 1967.

Seorang bekas tentera Israel pada Khamis lalu menyerahkan semula kunci pintu gerbang Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur selepas mencurinya 56 tahun lalu.

Menurut laporan MEMO, Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyiarkan video yang menunjukkan ketua pengarahnya Sheikh Azzam Al-Khatib menerima kunci daripada lelaki itu yang dikenali sebagai Yair Barack.

Dalam video itu, Yair berkata beliau adalah antara anggota batalion Israel yang bertempur di Baitulmaqdis Timur sambil menambah ramai rakan seperjuangannya mati semasa pertempuran pada 1967.

“Saya tiba di Pintu Al-Mughrabi (di koridor barat Masjid Al-Aqsa)… dan apabila saya melihat ke sebelah kiri, saya mendapati kunci.

“Saya tidak tahu mengapa saya meletakkan tangan saya di atasnya dan mengambilnya.

“Saya meletakkan kunci itu di dalam poket saya, dan sejak itu, memilikinya dalam simpanan saya,” katanya.

Yair berkata selepas 40 atau 50 tahun, dia mula berasa tidak selesa kunci itu masih bersamanya “kerana saya mencurinya dan kini memutuskan untuk mengembalikannya.”

“Sekarang saya di sini.

“Saya memulangkan kunci yang saya curi.

“Saya memulangkan kembali kepada pemiliknya.. dan inilah yang harus dilakukan Israel untuk memulangkan tanah, hak, penghormatan, kemerdekaan, kebebasan dan keselamatan rakyat Palestin,” katanya.

Dia berkata selepas memulangkan kunci, dia merasakan “melakukan perkara yang betul.”

Penyerahan kembali kunci itu berlaku ketika peneroka haram.Israel bersama-sama pegawai Israel menyertai ‘perarakan bendera’ untuk meraikan penjajahan di Baitulmaqdis Timur pada 1967.

Mengulas mengenai perarakan kontroversi itu, dia berkata ia antara hari terburuk dalam baginya, sambil menambah dia berhenti meraikan ‘hari bendera’ itu sejak lama dahulu.

Perarakan Bendera diadakan peneroka Israel setiap tahun untuk menandakan apa yang mereka panggil sebagai penyatuan Baitulmaqdis, merujuk kepada pendudukan Israel di bandar itu pada 1967.

“Saya adalah sebahagian daripadanya pada hari itu.

“Saya harap saya tidak melakukannya, iaitu menduduki Baitulmaqdis,” katanya.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur semasa Perang Arab-Israel 1967.

Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Sumber: MEMO

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *