Connect with us

Antarabangsa

Tak perlu tanda lelaki atau wanita, Mexico perkenal pasport bukan binari baharu

Warga Mexico yang membuat permohonan pasport, kini boleh mengelak dari menandakan kotak pilihan jantina lelaki atau wanita berdasarkan polisi dokumen perjalanan baharu diumumkan pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tak perlu tanda lelaki atau wanita, Mexico perkenal pasport bukan binari baharu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Warga Mexico yang membuat permohonan pasport boleh mengelak dari menandakan kotak pilihan jantina lelaki atau wanita berdasarkan polisi dokumen perjalanan baharu diumumkan pada Rabu.
  • Pasport bukan binari baharu itu dirasmikan pada sebuah majlis anjuran Menteri Luar Negeri, Marcelo Ebrard.
  • “Mereka yang memohon boleh memilih petanda ‘’X’ pada kotak pengisian seks pada pasport mereka, dan dengan itu menggugurkan keperluan untuk memperincikan jantina mereka,” kata Menteri Luar Mexico itu.
  • Pasport warga Mexico sebelum ini tidak meminta pemohon untuk menyatakan jantina melainkan cuma seks (jantina biologi asal) mereka.

MEXICO CITY – Warga Mexico yang membuat permohonan pasport, kini boleh mengelak dari menandakan kotak pilihan jantina lelaki atau wanita berdasarkan polisi dokumen perjalanan baharu diumumkan pada Rabu.

Pasport bukan binari yang dirasmikan pada majlis anjuran Menteri Luar Negeri, Marcelo Ebrard dengan pantas mendapat kritikan beberapa aktivis bukan binari kerana mengelirukan di antara jantina dengan seks (jenis kelamin seseorang).

Foto: Gambar Jesus Ociel Baena, yang dikenalpasti sebagai orang bukan binari.

Di bawah polisi pasport baru itu, warga Mexico bukan binari yang tidak mengenalpasti diri mereka samada sebagai lelaki atau wanita di bawah kategori jantina, kini boleh meletakkan “X” pada kertas kerja yang meminta pemohon memilih di antara jantina lelaki atau wanita, yang merupakan kategori seks biologi.

“Mereka yang memohon boleh memilih petanda ‘’X’ pada kotak pengisian seks pada pasport mereka dan dengan itu mereka menggugurkan keperluan memperincikan jantina mereka,” kata Menteri Luar Negeri itu dalam kenyataannya mengumumkan polisi baharu itu.

Pasport warga Mexico sebelum ini tidak meminta pemohon untuk menyatakan jantina melainkan cuma seks (jantina biologi asal) mereka.

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *