Connect with us

Terkini

Mahkamah tetapkan lelaki cina miliki video, gambar lucah dibicara 3 Ogos depan

Mahkamah Majistret Georgetown menetapkan 3 Ogos ini untuk membicarakan kes seorang lelaki Cina yang disyaki memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah tetapkan lelaki cina miliki video, gambar lucah dibicara 3 Ogos depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Majistret George Town menetapkan 3 Ogos depan untuk membicarakan kes seorang lelaki cina yang disyaki memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya.
  • Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana didapati memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit berjenama Huawei.
  • Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Majistret Georgetown menetapkan 3 Ogos ini untuk membicarakan kes seorang lelaki Cina yang disyaki memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya.

Menurut China Press, defendan lelaki berusia 54 tahun yang ditemani peguamnya, hadir di mahkamah George Town pagi ini (semalam). 

Timbalan Pendakwa Raya kes itu adalah Darshini.

Hakim Mohd Azlan mengendalikan prosedur pengurusan kes itu dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 3 Ogos depan.

Pertuduhan menyatakan bahawa antara 2014 dan 2020, defendan didapati memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit berjenama Huawei di premis di No. 19, Lebuh Presgrave, Pulau Pinang, yang melanggar Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan .

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana didapati memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit berjenama Huawei.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *