Connect with us

Terkini

Isu kalimah Allah : ‘Kenapa Kerajaan Perpaduan tidak mahu merayu?’ – Profesor Rafidah Hanim

“Bagaimana Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan tanpa berbincang dengan Jemaah Menteri, yang didalamnya ada Menteri Agama dan sudah tentu isu ini beliau adalah pemegang taruh?”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu kalimah Allah : ‘Kenapa Kerajaan Perpaduan tidak mahu merayu?’ - Profesor Rafidah Hanim
Foto: Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • “Bagaimana Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan tanpa berbincang dengan Jemaah Menteri, yang didalamnya ada Menteri Agama dan sudah tentu isu ini beliau adalah pemegang taruh?”
  • Demikian kata Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar susulan media melapor KDN mengemukakan nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.
  • “Kemudian setelah Nota Makluman disampaikan, tidak adakah alasan atas keputusan yang begitu besar kepada umat Islam dan perundangan syariah? Kenapa Kerajaan perpaduan sekarang tidak mahu merayu?” – Profesor Rafidah Hanim.

KUALA LUMPUR – “Bagaimana Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan tanpa berbincang dengan Jemaah Menteri, yang didalamnya ada Menteri Agama dan sudah tentu isu ini beliau adalah pemegang taruh?”

Demikian soal Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar susulan laporan media bahawa KDN mengemukakan nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.

Tindakan tersebut turut mengundang kekesalan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyifatkan pendekatan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan kes terbabit tanpa berunding dengan pihaknya dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.

Ini kerana dalam kes rayuan sebelum ini, MAIS dan dua lagi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dibenarkan Mahkamah Rayuan untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Rafidah berkata, “Perkara bagaimana yang bergantung kepada “Nota makluman” sehingga jemaah Menteri tak boleh berbincang? Apa guna Jemaah Menteri?” 

Beliau turut mempersoalkan, selepas ‘Nota Makluman’ itu disampaikan apakah tiada sebarang alasan atas keputusan dibuat berikutan perkara tersebut adalah hal besar membabitkan umat Islam dan perundangan syariah.

Kerajaan perpaduan yang dilihat seakan ‘tidak mahu merayu’ dalam kes terbabit juga dipersoal oleh beliau.

“Kemudian setelah Nota Makluman disampaikan, tidak adakah alasan atas keputusan yang begitu besar kepada umat Islam dan perundangan syariah? Kenapa Kerajaan perpaduan sekarang tidak mahu merayu?”katanya.

Menurut Dr Rafidah, sebelum ini dalam isu vape Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa juga menggunakan kuasa beliau tanpa perbincangan dengan Jemaah Menteri untuk mengeluarkan nikotin dalam cecair/gel (vape) dari senarai racun serta menentang nasihat pakar-pakar. 

Keputusan itu disifatkan telah menyebabkan anak-anak ketika ini hilang perlindungan dari industri vape.

“Saya tidak faham bagaimana kerajaan sekarang bekerja,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ). — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *