Connect with us

Terkini

Anwar enggan ulas isu ‘kekayaannya’ ketika menjadi TPM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas apabila diminta memberi pandangan mengenai kekayaan yang diperolehnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anwar enggan ulas isu ‘kekayaannya’ ketika menjadi TPM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas apabila diminta memberi pandangan mengenai kekayaan yang diperolehnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
  • “Malaslah,” jawabnya seperti dilapor akhbar tempatan.
  • Beliau memberi jawapan ringkas itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan, semalam.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencabar Ahli Parlimen Tambun itu mendedahkan kekayaannya yang diperolehi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas apabila diminta memberi pandangan mengenai kekayaan yang diperolehnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Malaslah,” jawabnya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau memberi jawapan ringkas itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan, semalam.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Ahli Parlimen Tambun itu membantu rakyat menggunakan wang sendiri.

Dr Mahathir turut mencabar Anwar mendedahkan kekayaannya yang diperolehi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada Sabtu, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan kekayaan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 dan 1998.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, menegaskan beliau telah mengisytiharkan hartanya untuk membuktikan ketelusan kepada rakyat.

Semalam, Dr Mahathir dalam catatan di Facebook berkata, Anwar tidak mengisytiharkan pendapatan atau asetnya, berdasarkan pengisytiharan aset Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 November 2018.

Dr Mahathir berkata, beliau telah mengisytiharkan asetnya pada RM32.35 juta, yang merangkumi tiga rumah dan aset lain.

Sumber: Ismaweb

Author