Antarabangsa
61 peratus rakyat Amerika percaya AI ancam tamadun
Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan umat manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika dalam tinjauan pendapat REUTERS/Ipsos, yang diterbitkan hari ini.
- Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan umat manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika dalam tinjauan pendapat REUTERS/Ipsos, yang diterbitkan hari ini.
- Lebih daripada dua pertiga rakyat Amerika bimbang kesan negatif AI dan 61 peratus percaya ia boleh mengancam tamadun.
- Memandangkan chatbot ChatGPT OpenAI menjadi aplikasi yang paling pesat berkembang sepanjang masa, integrasi AI yang meluas ke dalam kehidupan seharian telah melonjakkan AI ke barisan hadapan wacana awam.
- ChatGPT telah memulakan perlumbaan senjata AI, dengan syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft dan Google bersaing untuk mengatasi pencapaian AI masing-masing.
SAN FRANCISCO: Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan umat manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika dalam tinjauan pendapat REUTERS/Ipsos, yang diterbitkan hari ini.
Lebih daripada dua pertiga rakyat Amerika bimbang kesan negatif AI dan 61 peratus percaya ia boleh mengancam tamadun.
Memandangkan chatbot ChatGPT OpenAI menjadi aplikasi yang paling pesat berkembang sepanjang masa, integrasi AI yang meluas ke dalam kehidupan seharian telah melonjakkan AI ke barisan hadapan wacana awam.
ChatGPT telah memulakan perlumbaan senjata AI, dengan syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft dan Google bersaing untuk mengatasi pencapaian AI masing-masing.
Penggubal undang-undang dan syarikat AI juga bimbang. Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman pada Selasa memberi keterangan di hadapan Kongres AS, menyuarakan kebimbangan kemungkinan penyalahgunaan teknologi.
“Tiada cara untuk memasukkan jin ini ke dalam botol. Di peringkat global, ini meletup,” kata Senator Cory, seorang daripada penggubal undang-undang yang mempunyai cara terbaik untuk mengawal AI ketika panel Senat mengenai penggunaan AI, semalam.
Tinjauan REUTERS/Ipsos mendapati bilangan rakyat Amerika yang meramalkan kesan buruk daripada AI adalah tiga kali ganda bilangan mereka yang tidak.
Menurut data, 61 peratus responden percaya bahawa AI menimbulkan risiko kepada manusia, manakala hanya 22 peratus tidak bersetuju, dan 17 peratus masih tidak pasti.
Mereka yang mengundi Donald Trump pada 2020 menyatakan tahap kebimbangan yang lebih tinggi; 70 peratus pengundi Trump berbanding 60 peratus pengundi Joe Biden bersetuju bahawa AI boleh mengancam manusia. – Agensi
Sumber: Berita Harian