Antarabangsa
Kos sara hidup tinggi, ramai warga Australia kini hidup miskin – Tinjauan
Beribu-ribu rakyat Australia dilaporkan hidup dalam kemiskinan ekoran krisis kos sara hidup, menurut satu tinjauan.
- Beribu-ribu rakyat Australia dilaporkan hidup dalam kemiskinan ekoran krisis kos sara hidup.
- Australian Associated Press (AAP) melaporkan hasil tinjauan, mendapati 93% individu memohon perkhidmatan badan amal dalam tempoh 12 bulan lalu bergelut membeli barangan keperluan asas.
- Daripada 1,700 orang menyertai tinjauan itu, kira-kira 25% berkata mereka tidak mampu membawa anak-anak mereka berjumpa doktor atau doktor gigi dan satu daripada lima menyatakan mereka tidak mampu menyediakan hidangan tiga kali sehari.
CANBERRA: Beribu-ribu rakyat Australia dilaporkan hidup dalam kemiskinan ekoran krisis kos sara hidup, menurut satu tinjauan.
Australian Associated Press (AAP) melaporkan hasil tinjauan, mendapati 93% individu memohon perkhidmatan badan amal dalam tempoh 12 bulan lalu bergelut membeli barangan keperluan asas.
Daripada 1,700 orang yang menyertai tinjauan itu, kira-kira 25% berkata mereka tidak mampu membawa anak-anak mereka berjumpa doktor atau doktor gigi dan satu daripada lima menyatakan mereka tidak mampu menyediakan hidangan tiga kali sehari, lapor Xinhua.
Stuart Glover, setiausaha misi untuk perkhidmatan amal, berkata responden pada kebiasaannya dibekalkan dengan kurang 6 dolar Australia (kira-kira USD4) sehari selepas membayar kos sara hidup mereka.
“Kami menyaksikan peningkatan ketara setiap hari, rakyat Australia yang memerlukan bantuan sejak tahun lepas,” katanya dipetik oleh AAP.
Menurut data yang diterbitkan Biro Perangkaan Australia (ABS) pada April, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak tujuh peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Mac.
Bendahari Jim Chalmers, berkata Australia telah melepasi kemuncak krisis inflasi, namun tekanan kos sara hidup akan berterusan.
Sumber: Free Malaysia Today