Connect with us

Antarabangsa

Jururawat lelaki bunuh dua pesakit dipenjara seumur hidup

Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jururawat lelaki bunuh dua pesakit dipenjara seumur hidup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya.
  • Pihak pendakwaan turut mendakwanya atas enam pertuduhan cubaan membunuh.
  • Disebabkan kesalahan dilakukan amat serius, mahkamah memutuskan lelaki itu hampir pasti tidak layak dibebaskan awal selepas 15 tahun. Mahkamah juga mengenakan larangan bekerja sebagai jururawat seumur hidup.
  • Dalam hujah pembelaannya, tertuduh mendakwa dia sering meminum alkohol sebelum bertugas dan akan tidur di tempat kerja.

Munich: Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pihak pendakwaan turut mendakwanya atas enam pertuduhan cubaan membunuh.

Disebabkan kesalahan yang dilakukan amat serius, mahkamah memutuskan lelaki itu hampir pasti tidak layak dibebaskan awal selepas 15 tahun. Mahkamah juga mengenakan larangan bekerja sebagai jururawat seumur hidup.

Tertuduh mengaku bahawa dia telah menyuntik pesakit dengan dos berlebihan di wad pemulihan di sebuah hospital di Munich.

Dalam hujah pembelaannya, tertuduh mendakwa dia sering meminum alkohol sebelum bertugas dan akan tidur di tempat kerja.

Oleh itu, dia membius pesakit dengan dos berlebihan supaya dia tidak diganggu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *