Connect with us

Antarabangsa

20 wartawan maut dibunuh rejim haram aparteid Israel

Sebuah laporan menyatakan bahawa rejim haram aparteid Israel sama sekali tidak mahu mengambil tanggungjawab dalam pembunuhan 20 orang wartawan sejak daripada dua dekad yang lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

20 wartawan maut dibunuh rejim haram aparteid Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah laporan menyatakan bahawa rejim haram aparteid Israel sama sekali tidak mahu mengambil tanggungjawab dalam pembunuhan 20 orang wartawan sejak daripada dua dekad yang lalu.
  • Laporan tersebut dikeluarkan oleh Committee to Protect Journalists (CPJ) bersempena ulang tahun pertama kematian seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh yang telah dibunuh oleh tentera Israel.
  • Laporan diterbitkan pada Selasa lalu itu menunjukkan sebuah peta menyatakan 20 kedudukan para wartawan telah dibunuh di Palestin dan di kawasan-kawasan yang telah dirampas sejak tahun 2001.
  • Pembunuhan berlanjutan selama dua dekad itu berlaku di Tebing Barat di mana tujuh kes pembunuhan telah dilakukan oleh rejim Israel dan 13 lagi kes pembunuhan yang dilakukan oleh rejim yang sama telah berlaku di Gaza.

NEW YORK – Sebuah laporan menyatakan bahawa rejim haram aparteid Israel sama sekali tidak mahu mengambil tanggungjawab dalam pembunuhan 20 orang wartawan sejak daripada dua dekad yang lalu.

Laporan tersebut dikeluarkan oleh Committee to Protect Journalists (CPJ) bersempena ulang tahun pertama kematian seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh yang telah dibunuh oleh tentera Israel.

Laporan yang diterbitkan pada Selasa lalu itu menunjukkan sebuah peta yang menyatakan 20 kedudukan di mana para wartawan telah dibunuh di Palestin dan di kawasan-kawasan yang telah dirampas sejak tahun 2001.

Pembunuhan yang berlanjutan selama dua dekad itu berlaku di Tebing Barat, di mana tujuh kes pembunuhan telah dilakukan oleh rejim Israel dan 13 lagi kes pembunuhan yang dilakukan oleh rejim yang sama telah berlaku di Gaza.

Laporan yang sama turut menyatakan bahawa pihak rejim Israel telah melakukan pelbagai muslihat dalam proses penyiasatan kes-kes tembakan yang berlaku sejak dari 22 tahun lalu.

Ianya termasuklah membebaskan anggota-anggota tentera yang telah terlibat dalam kes tersebut walaupun penyiasatan masih sedang dijalankan.

Laporan tersebut juga mendapati bahawa sekurang-kurangnya di dalam 13 buah kes, penguasa Israel telah mengabaikan penyaksian para saksi dan laporan-laporan bebas.

Pihak rejim Israel juga bertindak merahsiakan hasil dapatan daripada penyiasatan kes-kes tersebut. Laporan CPJ itu menyebutkan bahawa,

“Hasilnya selalu sama, tiada yang bertanggungjawab (bagi kejadian pembunuhan tersebut)”.

Laporan yang sama juga turut menyatakan bahawa pihak tentera rejim haram Israel sering gagal mengenalpasti dan menghormati para wartawan dan sering menuduh para wartawan dengan tuduhan terrorisme tanpa sebarang penjelasan.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *