Antarabangsa
Masih ada pertempuran tetapi puak bertelagah setuju gencatan senjata
Serangan udara dan pembedilan melanda beberapa bahagian di ibu negara Sudan hari ini tetapi ada tanda tentera bersedia untuk berundur dalam konflik yang kini mengorbankan ratusan orang, ketika rundingan gencatan senjata di Arab Saudi.
- Serangan udara dan pembedilan melanda beberapa bahagian di ibu negara Sudan semalam tetapi ada tanda tentera bersedia untuk berundur dalam konflik kini mengorbankan ratusan orang, ketika rundingan gencatan senjata di Arab Saudi.
- Khartoum dan bandar bersebelahan Bahri serta Omdurman menjadi sasaran utama tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces mula berperang sebulan lalu
- Televisyen Al Arabiya melaporkan berlaku pertempuran sengit di tengah Khartoum.
- “Terdapat serangan udara bertubi-tubi berhampiran kami di Saliha yang menggegarkan pintu rumah,” – Seorang guru di Omdurman, Salma Yassin.
KHARTOUM: Serangan udara dan pembedilan melanda beberapa bahagian di ibu negara Sudan hari ini tetapi ada tanda tentera bersedia untuk berundur dalam konflik yang kini mengorbankan ratusan orang, ketika rundingan gencatan senjata di Arab Saudi.
Khartoum dan bandar bersebelahan Bahri serta Omdurman menjadi sasaran utama tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces mula berperang sebulan lalu
Serangan berlaku di Bahri dan serangan udara melanda Omdurman awal hari ini, menurut seorang wartawan REUTERS.
Televisyen Al Arabiya melaporkan berlaku pertempuran sengit di tengah Khartoum.
“Terdapat serangan udara bertubi-tubi berhampiran kami di Saliha yang menggegarkan pintu rumah,” kata Salma Yassin, seorang guru di Omdurman.
Setakat ini, pertempuran itu sudah mengorbankan ratusan orang, manakala lebih 200,000 menjadi pelarian ke negara jiran serta 700,000 berpindah sehingga mencetuskan bencana kemanusiaan dan menjejaskan kestabilan rantau itu.
Sumber: Berita Harian