Connect with us

Antarabangsa

Impak berganda gelombang haba, pencemaran udara ancam Asia Tenggara

Gelombang haba yang melanda Asia Tenggara diburukkan lagi dengan peningkatan kadar pencemaran udara, dengan pakar-pakar memberi amaran situasi di rantau itu lebih berbahaya sekali gus meningkatkan risiko kematian, lapor laman berita NBC News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Impak berganda gelombang haba, pencemaran udara ancam Asia Tenggara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gelombang haba yang melanda Asia Tenggara diburukkan lagi dengan peningkatan kadar pencemaran udara, dengan pakar-pakar memberi amaran situasi di rantau itu lebih berbahaya sekali gus meningkatkan risiko kematian, lapor laman berita NBC News.
  • Suhu di beberapa bandar mencatatkan kadar berbahaya pada minggu lepas. Contohnya di Tuong Duong, Vietnam, suhu mencecah 44.2 darjah Celsius Ahad lalu, Luang Prabang di Laos merekodkan 43.5 darjah Celsius serta Bangkok, Thailand mencatatkan 41 darjah Celsius.
  • Pakar-pakar berkata, gabungan antara haba ekstrem serta kualiti udara yang buruk membawa kepada gangguan kepada sistem pernafasan, kardiovaskular dan buah pinggang. Impak-impak ini akan bertambah buruk apabila perubahan iklim memburukkan lagi gelombang haba dan pencemaran udara.

WASHINGTON: Gelombang haba yang melanda Asia Tenggara diburukkan lagi dengan peningkatan kadar pencemaran udara, dengan pakar-pakar memberi amaran situasi di rantau itu lebih berbahaya sekali gus meningkatkan risiko kematian, lapor laman berita NBC News.

Suhu di beberapa bandar mencatatkan kadar berbahaya pada minggu lepas. Contohnya di Tuong Duong, Vietnam, suhu mencecah 44.2 darjah Celsius Ahad lalu, Luang Prabang di Laos merekodkan 43.5 darjah Celsius serta Bangkok, Thailand mencatatkan 41 darjah Celsius.

Pakar-pakar berkata, gabungan antara haba ekstrem serta kualiti udara yang buruk membawa kepada gangguan kepada sistem pernafasan, kardiovaskular dan buah pinggang. Impak-impak ini akan bertambah buruk apabila perubahan iklim memburukkan lagi gelombang haba dan pencemaran udara.

“Apabila anda terdedah kepada kedua-dua keadaan dan terutamanya pendedahan ekstrem, kesan gabungannya pasti tidak dapat dijangka,” kata pakar epidemiologi alam sekitar di Universiti California Selatan, Erika Garcia.

Menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine tahun lepas, Garcia dan kumpulannya mendapati bahawa haba ekstrem meningkatkan risiko kematian sebanyak kira-kira enam peratus bagi penduduk California untuk tempoh 2014 hingga 2019.

Kepekatan bahan zarah yang tinggi di udara, yang sebahagiannya disebabkan oleh kebakaran hutan misalnya, meningkatkan risiko kematian sebanyak lima peratus. Justeru, kedua-dua fenomena itu sekiranya berlaku serentak, akan meningkatkan risiko kematian sebanyak 21 peratus.

Sementara itu, saintis projek di Pusat Kajian Atmosfera Kebangsaan di Colorado, Amerika Syarikat, Rajesh Kumar berkata, haba ekstrem dan kadar pencemaran udara yang tinggi berisiko memberi tekanan tambahan kepada sistem kardiovaskular.

“Haba akan menyebabkan saluran darah mengembang manakala pencemaran udara meningkatkan keradangan dalam paru-paru serta seluruh badan. Justeru, ia akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan pelbagai masalah kardiovaskular,” ujarnya.

Tambah Rajesh, impak kesihatan akibat haba ekstrem dan pencemaran udara adalah kebimbangan global, namun risikonya menjadi semakin serius di seluruh Benua Asia dalam beberapa minggu dan bulan menjelang musim tengkujuh yang kebiasaannya berlaku dari Jun hingga Oktober. – Agensi 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *