Connect with us

Antarabangsa

Lebih 450,000 kanak-kanak trauma konflik di Sudan

Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pertempuran berterusan di wilayah bergolak itu, menurut Agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 450,000 kanak-kanak trauma konflik di Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pertempuran berterusan di wilayah bergolak itu. 
  • Dianggarkan 82,000 kanak-kanak melarikan diri ke negara jiran dan kira-kira 368,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kata UNICEF dalam satu kenyataan.
  • “Konflik kejam di Sudan telah mengakibatkan korban yang dahsyat ke atas kanak-kanak negara itu.
  • “Beribu-ribu (kanak-kanak) telah mengalami peristiwa yang sangat traumatik atau dihalau dari rumah mereka untuk mencari perlindungan,” – Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

GENEVA – Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pertempuran berterusan di wilayah bergolak itu, menurut Agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Selama berminggu-minggu negara Afrika yang dilanda konflik itu diselubungi keganasan antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Dianggarkan 82,000 kanak-kanak melarikan diri ke negara jiran dan kira-kira 368,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kata UNICEF dalam satu kenyataan.

“Konflik kejam di Sudan telah mengakibatkan korban yang dahsyat ke atas kanak-kanak negara itu.

“Beribu-ribu (kanak-kanak) telah mengalami peristiwa yang sangat traumatik atau dihalau dari rumah mereka untuk mencari perlindungan,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

Lebih 164,000 orang mencari perlindungan di Republik Afrika Tengah, Chad, Mesir, Ethiopia, Libya dan Sudan Selatan sejak keganasan tercetus pada 15 April, menurut agensi pelarian PBB.

UNICEF turut memberi amaran bahawa musim hujan boleh meningkatkan risiko penyakit.

Terdahulu, pihak Sudan yang bertelagah menandatangani komitmen mereka pada lewat Khamis berhubung garis panduan untuk membenarkan bantuan kemanusiaan.

Sejak 15 April, lebih 550 orang terbunuh dan ribuan cedera dalam pertempuran antara dua jeneral yang bertelagah – ketua tentera Abdul Fattah al-Burhan dan komander RSF Mohammed Hamdan ‘Hemedti’ Dagalo.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak 2021, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat dalam satu tindakan yang dikecam oleh kuasa politik sebagai ‘rampasan kuasa’.

Tempoh peralihan, yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir, telah dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *