Antarabangsa
Perancis dijadual hantar puluhan aset ketenteraan ke Ukraine
Perancis akan menghantar puluhan kenderaan berperisai dan kereta kebal termasuk jentera tempur AMX-10RC ke Ukraine beberapa minggu lagi.
- Perancis akan menghantar puluhan kenderaan berperisai dan kereta kebal termasuk jentera tempur AMX-10RC ke Ukraine beberapa minggu lagi.
- Perkembangan itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama selepas perbincangan lebih tiga jam ketika jamuan makan malam antara Presiden Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.
- AMX-10RC milik Perancis dilengkapi kelajuan tinggi dan mudah dikendalikan, membolehkan pergerakan pantas dan menukar kedudukan di medan perang.
- Menerusi perbincangan itu, Emmanuel mempamerkan usaha Paris menyokong keupayaan pertahanan udara Kyiv terhadap serangan Russia.
PARIS: Perancis akan menghantar puluhan kenderaan berperisai dan kereta kebal termasuk jentera tempur AMX-10RC ke Ukraine beberapa minggu lagi.
Perkembangan itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama selepas perbincangan lebih tiga jam ketika jamuan makan malam antara Presiden Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.
AMX-10RC milik Perancis dilengkapi kelajuan tinggi dan mudah dikendalikan, membolehkan pergerakan pantas dan menukar kedudukan di medan perang.
Menerusi perbincangan itu, Emmanuel mempamerkan usaha Paris menyokong keupayaan pertahanan udara Kyiv terhadap serangan Russia.
Lawatan hujung minggu Zelenskiy ke Paris adalah sebahagian daripada kunjungan ke atas sekutu utama Eropah bagi meraih sokongan ketenteraan dan kewangan menjelang jangkaan serangan balas berskala besar terhadap tentera Russia.
Bercakap di Berlin semalam, Zelenskiy berkata, Kyiv dan sekutunya mampu mengalahkan Russia tahun ini, selain memaklumkan sudah memuktamadkan pakej ketenteraan bernilai AS$3bilion (RM13.47 bilion) dari Jerman, minggu lalu.
Emmanuel dalam kenyataan sama pula menegaskan Paris akan terus memberi sokongan politik, kewangan, kemanusiaan dan ketenteraan kepada Ukraine selagi diperlukan.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan Emmanuel berkata, sistem pertahanan tambahan lebih moden akan disediakan untuk Ukraine. Ketika ini, katanya, tiada persoalan mengenai urusan penghantaran jet pejuang ke Kyiv, seperti diminta.
Sumber: Berita Harian