Connect with us

Antarabangsa

Vietnam beri amaran gelombang haba menekan bekalan kuasa

Syarikat elektrik Vietnam, semalam, memberi amaran sistem kuasa negara itu akan mengalami tekanan pada musim panas disebabkan gelombang haba yang mencatatkan suhu tertinggi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Vietnam beri amaran gelombang haba menekan bekalan kuasa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat elektrik Vietnam, semalam, memberi amaran sistem kuasa negara itu akan mengalami tekanan pada musim panas disebabkan gelombang haba yang mencatatkan suhu tertinggi.
  • Suhu melepasi 44 darjah Celsius dicatatkan di tengah Vietnam pada hujung minggu lalu mengikut ramalan cuaca dan melepasi rekod tertinggi sebelum ini pada 2019.
  • Utiliti negeri EVN dalam satu kenyataan berkata bahawa permintaan untuk tenaga elektrik dalam tiga bulan akan datang boleh mengatasi bekalan apabila suhu memuncak di utara Vietnam.
  • Orang ramai digesa menetapkan penghawa dingin kepada 26 darjah Celsius atau lebih tinggi dan mengelak daripada menggunakan peralatan elektrik berkapasiti besar pada masa yang sama.

HANOI: Syarikat elektrik Vietnam, semalam, memberi amaran sistem kuasa negara itu akan mengalami tekanan pada musim panas disebabkan gelombang haba yang mencatatkan suhu tertinggi.

Suhu melepasi 44 darjah Celsius dicatatkan di tengah Vietnam pada hujung minggu lalu mengikut ramalan cuaca dan melepasi rekod tertinggi sebelum ini pada 2019.

Utiliti negeri EVN dalam satu kenyataan berkata bahawa permintaan untuk tenaga elektrik dalam tiga bulan akan datang boleh mengatasi bekalan apabila suhu memuncak di utara Vietnam.

Ia juga memberi amaran mengenai paras air rendah yang boleh memberi kesan teruk ke atas empangan hidroelektrik negara.

Paras air ke empangan kuasa hidro di utara Vietnam turun 30 hingga 40 peratus berbanding paras purata pada tahun-tahun sebelumnya, katanya sambil menambah kemunculan semula fenomena El Nino boleh mengekalkan paras air rendah dan suhu tinggi untuk sepanjang tahun ini.

“Jika situasi kemarau menjadi teruk secara besar-besaran, jika tiada banjir atau paras banjir rendah, maka bekalan kuasa mungkin terus berdepan kesukaran,” katanya.

EVN menyeru pengguna untuk menjimatkan tenaga terutama pada waktu puncak pada tengah hari dan petang.

Orang ramai digesa menetapkan penghawa dingin kepada 26 darjah Celsius atau lebih tinggi dan mengelak daripada menggunakan peralatan elektrik berkapasiti besar pada masa yang sama.

Vietnam bergantung kepada arang batu dan kuasa hidro untuk bekalan tenaganya, namun memberitahu mahu meningkatkan pengeluaran tenaga boleh diperbaharui pada tahun-tahun akan datang.

Saintis berkata pemanasan global memburukkan lagi cuaca buruk, dengan laporan terbaru daripada Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim memberi amaran bahawa “setiap peningkatan pemanasan global akan meningkatkan bahaya berganda dan serentak.” – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *