Antarabangsa
(VIDEO) Ahli kumpulan Coldplay sokong LGBTQ
Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ sejak awal kariernya.
- Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ sejak awal kariernya.
- Selain pernah menyuarakan sokongannya terhadap perkahwinan sejantina di Australia pada tahun 2017, dia sering dilihat membawa bendera LGBTQ ketika melakukan persembahan di konsert Coldplay.
- Persembahan Coldplay di separuh masa liga Super Bowl pada tahun 2016 dianggap sebagai detik terbesar bagi komuniti LGBT menurut majalah The Advocate.
- Coldplay bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November depan sempena siri jelajah Music of the Spheres World Tour di beberapa negara terpilih.
Vokalis utama kumpulan Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong ideologi LGBTQ sejak awal kariernya.
Memetik laporan SBS pada tahun 2019, penyanyi berusia 46 tahun itu mengakui dahulu dia mempunyai pendirian anti-LGBTQ ketika di zaman persekolahannya disebabkan faktor agama.
Bagaimanapun, pendiriannya berubah saat usianya mencecah 15 tahun apabila dia menyedari kebanyakan dari ‘hero’ dalam kehidupannya adalah golongan songsang tersebut.
Dia lalu mengambil keputusan yang dirinya mempunyai kepercayaan agama tersendiri berkenaan perkara tersebut
Dia juga pernah menyuarakan sokongannya terhadap perkahwinan sejantina di Australia pada tahun 2017.
View this post on Instagram
Sebagai tanda sokongan kuatnya terhadap ideologi songsang itu, Chris sering dilihat membawa bendera LGBTQ ketika melakukan persembahan di konsert Coldplay.
Salah satunya ketika hari pertama konsert jelajah kumpulan Britain itu di Singapura pada tahun 2017.
Ketika menyanyikan lagu berjudul Viva La Vida di hadapan lebih 50,000 penonton, Chris mengambil bendera pelangi yang melambangkan komuniti songsang itu dari salah seorang penonton.
Dia kemudian memakai bendera itu di pinggangnya sambil meneruskan persembahan.
Tindakan Chris itu mendapat sambutan dari komuniti LGBT di sana meskipun republik itu masih tidak membenarkan sebarang promosi homoseksualiti ketika itu.
Persembahan Coldplay di separuh masa liga Super Bowl pada tahun 2016 dianggap sebagai detik terbesar bagi komuniti LGBT menurut majalah The Advocate, demikian ciapan dari akaun Twitter ColdplayXtra selaku akaun rasmi berita berkenaan kumpulan itu.
Coldplay baru sahaja mengumumkan tarikh konsertnya di Kuala Lumpur, iaitu pada 22 November akan datang.
Konsert sulung kumpulan terkenal Britain di Malaysia itu merupakan antara konsert dalam siri jelajah Music of the Spheres World Tour di beberapa negara Asia terpilih termasuklah Taiwan, Jepun dan Jakarta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada mereka menerusi satu hantaran video di laman Twitter rasminya.
Sumber: SBS, USA Today, Youtube Homosexuality in Singapore, Twitter ColdplayXtra, Twitter Anwar Ibrahim