Connect with us

Antarabangsa

Krisis makanan dikhuatiri jejas kestabilan Asia Barat – WFP

Program Makanan Sedunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bimbang krisis makanan di Asia Barat kini boleh menjejaskan kestabilan rantau ini, lapor agensi berita Jerman, dpa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Krisis makanan dikhuatiri jejas kestabilan Asia Barat – WFP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Program Makanan Sedunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bimbang krisis makanan di Asia Barat kini boleh menjejaskan kestabilan rantau ini. 
  • Pengarah Wilayah WFP untuk Asia Barat, Corinne Fleischer, berkata lima negara rantau ini didapati mengalami kadar inflasi makanan lebih 60 peratus.
  • Menurut WFP, kos makanan di rantau ini adalah tinggi kerana bekalan dihasilkan tidak mencukupi.
  • Kemarau, gelombang panas, kebakaran hutan dan banjir memusnahkan tanah pertanian untuk pengeluaran bahan makanan.

BEIRUT: Program Makanan Sedunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bimbang krisis makanan di Asia Barat kini boleh menjejaskan kestabilan rantau ini, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Pengarah Wilayah WFP untuk Asia Barat, Corinne Fleischer, berkata lima negara di rantau ini didapati mengalami kadar inflasi makanan lebih 60 peratus.

“Apabila makanan tidak lagi mampu dibeli, kelaparan akan terjadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Malah, kebergantungan pada import dan krisis iklim memburukkan lagi perkembangan itu.

Menurut WFP, kos makanan di rantau ini adalah tinggi kerana bekalan dihasilkan tidak mencukupi.

Kemarau, gelombang panas, kebakaran hutan dan banjir telah memusnahkan tanah pertanian untuk pengeluaran bahan makanan.

“Semua ini telah mengheret berjuta-juta orang ke dalam jurang kelaparan,” kata Fleischer.

Lubnan menduduki bahagian atas senarai 10 negara paling terjejas di dunia akibat inflasi makanan, menurut laporan Bank Dunia pada April lalu.

Di Syria pula, separuh penduduk menderita akibat keadaan itu, menurut laporan WFP, pada Isnin.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *