Connect with us

Antarabangsa

Indonesia dapat kuota tambahan 8,000 jemaah haji

Indonesia mengesahkan sudah menerima tambahan kuota 8,000 jemaah haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Indonesia dapat kuota tambahan 8,000 jemaah haji
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Indonesia mengesahkan menerima tambahan kuota 8,000 jemaah haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.
  • Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas, berkata jumlah berkenaan dimasukkan ke dalam sistem permohonan visa Arab Saudi menerusi aplikasi e-Hajj dan kini menunggu surat rasmi daripada negara itu berhubung perkara itu.
  • “Kementerian Agama akan berkomunikasi secara terus dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bagi melaksanakan proses berkaitan kuota tambahan itu,” katanya.
  • Tahun ini, Indonesia mendapat kuota seramai 221,000 jemaah yang merangkumi 203,320 kuota untuk jemaah haji biasa dan 17,680 kuota untuk jemaah khas.

JAKARTA: Indonesia mengesahkan sudah menerima tambahan kuota 8,000 jemaah haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.

Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas, berkata jumlah berkenaan sudah dimasukkan ke dalam sistem permohonan visa Arab Saudi menerusi aplikasi e-Hajj dan kini menunggu surat rasmi daripada negara itu berhubung perkara itu.

“Kementerian Agama akan berkomunikasi secara terus dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bagi melaksanakan proses berkaitan kuota tambahan itu,” katanya, yang dipetik CNN Indonesia.

Tahun ini, Indonesia mendapat kuota seramai 221,000 jemaah yang merangkumi 203,320 kuota untuk jemaah haji biasa dan 17,680 kuota untuk jemaah khas.

Menurut Yaqut, proses menyelesaikan bayaran pembiayaan haji adalah antara 11 April hingga 5 Mei lalu, namun masih terdapat 14,356 jemaah yang belum membuat bayaran, menyebabkan justeru tempoh berkenaan dilanjutkan hingga 12 Mei ini.

Katanya, pihaknya perlu mengadakan mesyuarat segera dengan Suruhanjaya VIII DPR bagi membincangkan pembiayaan untuk kuota tambahan yang diterima sebelum mengesahkan data jemaah yang layak berlepas.

Ketua Pengarah Pengurusan Haji dan Umrah, Hilman Latief berkata, kumpulan pertama jemaah dijadualkan berlepas ke Arab Saudi pada 24 Mei ini.

Pihaknya akan berusaha supaya kuota tambahan yang diterima dapat diserap secara maksimum berikutan masa yang ada agak terhad.

“Walaupun jumlah kuota tambahan itu berkurangan berbanding sebelum ini, masih ada masa untuk persiapan. Kami akan cuba yang terbaik supaya kuota itu diserap secara optimum,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *