Antarabangsa
(VIDEO) Imam Masjid al-Aqsa ditahan pasukan perisik Israel
Imam Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dipanggil pasukan perisikan negara haram Israel untuk disoal siasat di Balai Polis Maskubiya, barat Baitulmaqdis.
- Imam Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dipanggil pasukan perisikan negara haram Israel untuk disoal siasat di Balai Polis Maskubiya, barat Baitulmaqdis.
- Menurut kenyataan peguamnya, Hamza Qatnieh, pasukan perkhidmatan perisikan itu sedang mempertimbangkan untuk mendakwa imam berusia 85 tahun tersebut.
- Sheikh Ekrima menjadi sasaran utama dalam kempen yang dikendalikan media negara haram Israel sejak kebelakangan ini.
- Beberapa minggu lalu, akhbar Hebrew Maariv mendakwa Sheikh Ekrima menghasut keganasan, menyokong pembunuhan selain bersedia untuk berkonfrontasi dengan rejim pengganas Zionis.
BAITULMAQDIS – Imam Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dipanggil pasukan perisikan negara haram Israel untuk disoal siasat di Balai Polis Maskubiya, barat Baitulmaqdis.
Menurut kenyataan peguamnya, Hamza Qatnieh, pasukan perkhidmatan perisikan itu sedang mempertimbangkan untuk mendakwa imam berusia 85 tahun tersebut.
Sheikh Ekrima menjadi sasaran utama dalam kempen yang dikendalikan media negara haram Israel sejak kebelakangan ini.
View this post on Instagram
Beberapa minggu lalu, akhbar Hebrew Maariv mendakwa Sheikh Ekrima menghasut keganasan, menyokong pembunuhan selain bersedia untuk berkonfrontasi dengan rejim pengganas Zionis.
Malah, sejak beberapa tahun lalu, Sheikh Ekrima sering menjadi sasaran utama dan ditahan serta disoal siasat oleh pasukan perisikan negara haram berkenaan.
Beliau juga dilarang memasuki Masjid al-Aqsa dan kawasannya.
Lebih teruk, beliau diharamkan daripada melancong ke luar negara bagi mengelak berkomunikasi dengan penduduk luar termasuk Palestin. – Agensi
Sumber: Ismaweb