Terkini
Jangan naikkan caruman KWSP secara mendadak – Majikan
Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan tidak sepatutnya dinaikkan secara mendadak, demikian pandangan pihak majikan.
- Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan tidak sepatutnya dinaikkan secara mendadak.
- “Sekarang ni 13 peratus nak dinaikkan ke 20 peratus, ada otak kah? Naikkan gradually lah. Tahun ini (misalnya) naikkan satu peratus, tahun berikutnya satu peratus lagi. Gradually okay, people can accept,” – Pengusaha kedai alat tulis, C.M Sang.
- “Semua kita akan naikkan dari segi harga barang, costing, sebab kita nak naikkan pembayaran kepada pekerja tu. Jadi, sebagai majikan saya tidak setuju lah. Mungkin ada cara lain,” – Pengusaha kedai cermin mata, Zahid Sharil.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang cadangan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) untuk menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan kepada 20 peratus akan dibincangkan pihak kerajaan.
KUALA LUMPUR – Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan tidak sepatutnya dinaikkan secara mendadak, demikian pandangan pihak majikan.
Pengusaha perniagaan alat tulis, C.M Sang berkata kenaikan itu lebih mudah diterima jika jumlahnya dinaikkan sedikit demi sedikit setiap tahun.
“Sekarang ni 13 peratus nak dinaikkan ke 20 peratus, ada otak kah? Naikkan gradually lah. Tahun ini (misalnya) naikkan satu peratus, tahun berikutnya satu peratus lagi. Gradually okay, people can accept.
“If I made the decision, I think this is a stupid decision sebab sekali you naikkan (caruman KWSP majikan) sampai 7 peratus. Why don’t you try one or two percent anually?” kata Sang ketika ditemu bual The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau mengakui bimbang kos tambahan terpaksa ditanggung setiap bulan, apatah lagi perniagaannya kini mempunyai seramai 27 pekerja.
“Kalau kerajaan paksa, kita ikutlah. Tapi kalau kerajaan tidak risau dengan inflasi, paksalah. 30 peratus pun kita ikut. But don’t forget, who will pay the cost?”.
Pendapat sama turut dikongsikan seorang pengusaha kedai cermin mata, Zahid Sharil.
Beliau berkata kerajaan tidak sepatutnya membuat keputusan yang memenangkan satu pihak, namun menekan pihak yang lain.
“Kalau kita naikkan itu (caruman KWSP), untuk pekerja sangat bagus. Tapi untuk majikan, dia punya kos akan jadi bertambah.
“Semua kita akan naikkan dari segi harga barang, costing, sebab kita nak naikkan pembayaran kepada pekerja tu. Jadi, sebagai majikan saya tidak setuju lah. Mungkin ada cara lain,” katanya.
Mengulas cadangan menaikkan gaji pekerja yang dikatakan lebih berkesan untuk menjamin simpanan hari tua, Zahid berpendapat perkara itu tetap akan memberi kesan kepada keseluruhan perniagaan.
“Kalau misalnya sekarang orang nak gaji RM4,000, jadi harga makanan dan air semua dah tak boleh harga sama, sebab nak bayar pekerja dia. Contoh, kalau orang kerja basuh pinggan yang bergaji RM1,500 dinaikkan kepada RM3,000, maka semua costing lain akan naik secara automatik.
“Kalau saya sebagai pekerja memang saya suka kalau gaji naik. Tapi kalau kita yang nak bayar gaji orang, kita kena gandakan income perniagaan kita,” kata Zahid.
Terdahulu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mencadangkan agar kadar caruman KWSP bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini, demikian antara 12 cadangan dibangkitkan untuk memartabatkan pekerja di negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang cadangan itu akan dibincangkan pihak kerajaan, namun belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri. – The Merdeka Times