Antarabangsa
Biden tawar geran $500,000 ajar kanak-kanak transgender di Pakistan bahasa Inggeris
Pentadbiran Presiden Joe Biden di Amerika Syarikat (AS) menawarkan geran $500,000 (RM2,266,450) untuk mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak transgender di Pakistan.
- Pentadbiran Presiden Joe Biden di Amerika Syarikat (AS) menawarkan geran $500,000 (RM2,266,450) untuk mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak transgender di Pakistan.
- Geran itu bertujuan menyokong pendidikan Inggeris untuk belia Pakistan, terutamanya transgender.
- “Dalam geran khusus ini, Jabatan menyediakan pembiayaan untuk pembelajaran bahasa Inggeris, kemahiran penting yang membantu membuka peluang pendidikan dan kebolehpasaran untuk komuniti terpinggir, dalam kes ini belia transgender,” kata Jurucakap Jabatan Negara AS.
Pentadbiran Presiden Joe Biden di Amerika Syarikat (AS) menawarkan geran $500,000 (RM2,266,450) untuk mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak transgender di Pakistan.
Memetik laporan Washington Examiner, ia merupakan satu inisiatif yang juga termasuk membangunkan dan mempromosikan populasi muda transgender di negara itu.
Geran itu bertujuan menyokong pendidikan Inggeris untuk belia Pakistan, terutamanya transgender, agar mereka boleh mencapai kejayaan dalam perniagaan dan mewujudkan kedudukan untuk diri mereka sendiri dalam pasaran global.
Menurut Jabatan Negara AS, geran terdiri daripada tiga komponen, termasuk melatih guru bahasa Inggeris di institusi luar arus perdana dan meletakkan asas untuk persekitaran guru bahasa Inggeris baharu di Pakistan.
Bahagian ketiga yang menumpukan pada belia transgender, akan menerima cadangan pemohon “untuk minimum $25,000 (RM111,450) dan maksimum $75,000 (RM334,350)”.
Pemohon dicadang untuk membincangkan langkah-langkah yang dirasakan paling berkesan dalam mencapai bilangan terbesar belia Pakistan.
Mereka yang diterima akan dilatih untuk bekerja dengan belia transgender di Pakistan dalam “kursus pembangunan” dan membimbing pegawai pendidikan lain dan profesional muda di negara Asia Selatan itu.
Pendidik yang menyertai program geran akan “berkongsi apa yang mereka pelajari dalam latihan ini dengan rakan sekerja profesional berbahasa Inggeris, dengan itu mempengaruhi pedagogi di sekolah dan komuniti mereka,”
“Dalam geran khusus ini, Jabatan menyediakan pembiayaan untuk pembelajaran bahasa Inggeris, kemahiran penting yang membantu membuka peluang pendidikan dan kebolehpasaran untuk komuniti terpinggir, dalam kes ini belia transgender,” kata jurucakap Jabatan Negara AS.
Sumber: Washington Examiner