Connect with us

Antarabangsa

Lebih 1,700 Muslim jadi sasaran polis kerana solat Aidilfitri di jalan raya

Lebih 1,700 umat Islam menjadi sasaran Polis Uttar Pradesh kerana melakukan solat di jalan raya di luar masjid di tiga kawasan di Kanpur sempena Aidilfitri pada 22 April lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 1,700 Muslim jadi sasaran polis kerana solat Aidilfitri di jalan raya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 1,700 umat Islam menjadi sasaran Polis Uttar Pradesh kerana melakukan solat di jalan raya di luar masjid di tiga kawasan di Kanpur sempena Aidilfitri pada 22 April lalu.
  • Ahli Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India, Mohammad Suleman  berkata individu ini menjadi sasaran kerana mereka adalah orang Islam.
  • Dalam mesyuarat jawatankuasa keamanan diadakan sebelum perayaan Aidilfitri, pihak berkuasa masjid diminta memastikan ‘namaz’ tidak dijalankan di jalan raya.
  • “Namun pada hari raya.. kira-kira jam 8 pagi, sejurus sebelum solat, tiba-tiba orang ramai berkumpul di jalan raya di hadapan (masjid) Eidgah. Walaupun dilarang, semua orang mula menunaikan solat dengan menghampar tikar di jalan raya. Polis cuba menghalang, tetapi sia-sia,” kata Brijesh Kumar, yang bertanggungjawab di Pos Polis Begumpurwa.

Lebih 1,700 umat Islam menjadi sasaran Polis Uttar Pradesh kerana melakukan solat di jalan raya di luar masjid di tiga kawasan di Kanpur sempena Aidilfitri pada 22 April lalu.

Ahli Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India, Mohammad Suleman berkata individu ini menjadi sasaran kerana mereka adalah orang Islam.

Dalam mesyuarat jawatankuasa keamanan diadakan sebelum perayaan Aidilfitri, pihak berkuasa masjid diminta memastikan ‘namaz’ tidak dijalankan di jalan raya, kata Brijesh Kumar, yang bertanggungjawab di Pos Polis Begumpurwa.

“Namun pada hari raya.. kira-kira jam 8 pagi, sejurus sebelum solat, tiba-tiba orang ramai berkumpul di jalan raya di hadapan (masjid) Eidgah. 

“Walaupun dilarang, semua orang mula menunaikan solat dengan menghampar tikar di jalan raya. Polis cuba menghalang, tetapi sia-sia,” Kumar memberitahu The Times of India.

Menurut PTI, Sub-Inspektor Kanan Omveer Singh memfailkan aduan yang mengakibatkan pendaftaran First Information Report (FIR) di Balai Polis Bajaria. 

FIR menyasarkan 1,500 orang tidak dikenali dan beberapa ahli jawatankuasa pengurusan masjid di kawasan itu, manakala  kira-kira 200 individu didakwa di Balai Polis Jajmau, dan kira-kira 50 lagi didakwa di Balai Polis Babu Purwa.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 186 (menghalang penjawat awam menjalankan tugas), 188 (ingkar perintah diisytiharkan dengan sewajarnya oleh penjawat awam), 283 (bahaya di jalan awam), 341 (hukuman kerana sekatan yang salah) dan 353 (kuasa jenayah) untuk menghalang penjawat awam daripada menunaikan kewajibannya), Kanun Keseksaan India, lapor PTI.

Tiada tangkapan dibuat dalam perkara itu kerana polis sedang dalam proses mengenal pasti tertuduh dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber: Maktoob Media

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *