Connect with us

Terkini

Kerajaan komited pastikan media Malaysia terus bebas, terbuka – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan terhadap kebebasan dan keterbukaan media di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan komited pastikan media Malaysia terus bebas, terbuka – PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan terhadap kebebasan dan keterbukaan media di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
  • Jaminan itu diberikan Perdana Menteri susulan peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia oleh Reporters Without Borders (RSF) dengan negara kini berada pada tempat ke-113 berbanding 119 sebelum ini.
  • “Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 oleh RSF menunjukkan Malaysia kini menduduki tempat ke-113 berbanding sebelumnya pada kedudukan ke-119 dan menduduki kedudukan tertinggi antara dalam kalangan negara tetangga di ASEAN.
  • “Kerajaan Perpaduan amat komited dalam menjamin aspek kebebasan dan media yang terbuka, selain memastikan proses semak dan imbang terus subur serta berfungsi dengan baik,” katanya di Twitter, di sini semalam.
  • Berdasarkan Indeks Kebebasan Media Dunia, yang dikeluarkan sebelum ini, Malaysia naik enam anak tangga kepada kedudukan 113 daripada 180 dengan skor 51.55, sekali gus yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan terhadap kebebasan dan keterbukaan media di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri susulan peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia oleh Reporters Without Borders (RSF) dengan negara kini berada pada tempat ke-113 berbanding 119 sebelum ini.

Anwar berkata, kerajaan di bawah pentadbirannya juga komited memastikan proses semak dan imbang terus subur serta berfungsi dengan baik.

“Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 oleh RSF menunjukkan Malaysia kini menduduki tempat ke-113 berbanding sebelumnya pada kedudukan ke-119 dan menduduki kedudukan tertinggi antara dalam kalangan negara tetangga di ASEAN.

“Kerajaan Perpaduan amat komited dalam menjamin aspek kebebasan dan media yang terbuka, selain memastikan proses semak dan imbang terus subur serta berfungsi dengan baik,” katanya di Twitter, di sini semalam.

Berdasarkan Indeks Kebebasan Media Dunia, yang dikeluarkan sebelum ini, Malaysia naik enam anak tangga kepada kedudukan 113 daripada 180 dengan skor 51.55, sekali gus yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Malaysia mendahului Thailand (115), Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).

Sementara itu, dalam kalangan dunia, Norway mendahului Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dengan skor 92.65, diikuti Denmark dan Sweden dengan skor global masing-masing 90.27 dan 88.84.

Korea Utara adalah negara dengan kedudukan paling teruk di dunia dengan skor 13.92. Negara lain dalam lima terbawah ialah Myanmar, Turkmenistan, Iran dan Eritrea.

Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang bakal disambut di Ipoh, Perak antara 27 hingga 29 Mei ini akan mengangkat tema ‘Media Bebas dan Selamat, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dan keselamatan wartawan dalam menjalankan tugas mereka.

Sumber: Berita Harian

Author