Antarabangsa
Rejim Israel roboh perkampungan Palestin buat kali ke-216
Tentera Israel semalam sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev, di Tebing Barat.
- Tentera Israel semalam sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev, di Tebing Barat.
- Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.
- Pihak berkuasa Israel mendakwa tapak perkampungan itu merupakan `rizab negara’.
- Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev.
BAITULMAQDIS: Tentera Israel semalam sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev, di Tebing Barat.
Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.
Al-Touri menegaskan penduduk kampung bertekad untuk membina semula kediaman mereka sekali lagi, setiap kali dimusnahkan tentera Israel.
Rumah di Al-Araqib yang didiami oleh 22 keluarga Palestin itu diperbuat daripada kayu, plastik dan besi.
Perkampungan itu mula dimusnahkan pada 2010.
Pihak berkuasa Israel mendakwa tapak perkampungan itu merupakan `rizab negara’.
Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev.
Sumber: Berita Harian