Connect with us

Terkini

Adakah sekolah persendirian bukan Cina layak dapat bantuan sama? – Buzze Azam

Tindakan kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara, ternyata mencetuskan pelbagai pertikaian dan polemik daripada banyak pihak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Adakah sekolah persendirian bukan Cina layak dapat bantuan sama? – Buzze Azam
Foto: Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
  • Tindakan kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara, ternyata mencetuskan pelbagai pertikaian dan polemik daripada banyak pihak.
  • Bukan hanya sejumlah peruntukan bantuan yang diberikan kerajaan menjadi isu, bahkan pengumuman dibuat oleh menteri tidak berkaitan juga mencetuskan pelbagai tanda tanya.
  • Ini susulan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan kelulusan berkenaan melalui satu kenyataan media berbahasa Cina, baru-baru ini.
  • Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan Buzze Azam mempersoalkan tindakan pemimpin DAP itu kerana mengumumkan keputusan eksekutif yang sepatutnya dibuat Perdana Menteri.

BANGI, 7 Syawal 1444H, Jumaat – Tindakan kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara, ternyata mencetuskan pelbagai pertikaian dan polemik daripada banyak pihak.

Bukan hanya sejumlah peruntukan bantuan yang diberikan kerajaan menjadi isu, bahkan pengumuman dibuat oleh menteri tidak berkaitan juga mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Ini susulan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan kelulusan berkenaan melalui satu kenyataan media berbahasa Cina, baru-baru ini.

Loke berkata, setiap sekolah akan menerima bantuan RM250,000 yang akan diberikan dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, dengan majlis penyerahan rasmi pada 5 Mei.

Katanya, kelulusan diberikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan permohonan bertulis daripada Dong Zong pada 28 Februari lalu.

Turut senada dengan banyak pihak yang mempertikaikan perkara itu, peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz juga mempersoalkan tindakan pemimpin DAP berkenaan kerana mengumumkan keputusan eksekutif yang sepatutnya dibuat Perdana Menteri.

“Pengumuman kelulusan bantuan kerajaan RM15.75 juta kepada sekolah persendirian Cina dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, yang kononnya bukan parti politik yang menjaga kepentingan Cina di Malaysia selepas MCA hilang sokongan masyarakat Cina.

“Kenapa DAP pula yang umumkan keputusan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri? Isu pemberian bantuan itu hal lain,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Pada masa sama, Mohd Khairul atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam turut mempersoalkan, adakah sekolah swasta dan sekolah persendirian bukan Cina layak untuk mendapat bantuan sama daripada kerajaan.

Sumber: IsmaWeb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *