Connect with us

Terkini

Penerbangan pertama jemaah haji dijangka 21 Mei depan

Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei depan, bersamaan dengan tarikh 1 Zulkaedah 1444.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penerbangan pertama jemaah haji dijangka 21 Mei depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei depan, bersamaan dengan tarikh 1 Zulkaedah 1444.
  • Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar, berkata berbanding tahun lalu, keputusan penghantaran pada tahun ini adalah berbeza kerana jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal.
  • Ketika ini TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan TH masih dalam proses merayu kuota tambahan.

KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei depan, bersamaan dengan tarikh 1 Zulkaedah 1444.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar, berkata berbanding tahun lalu, keputusan penghantaran pada tahun ini adalah berbeza kerana jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal.

Beliau berkata, ketika ini TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan TH masih dalam proses merayu kuota tambahan.

“Insya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan,” katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntuhan TH tahun 2022, di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *