Connect with us

Antarabangsa

20 tahun pendudukan AS, bukan Islam punca wanita Afghanistan sengsara

20 tahun kependudukan Amerika Syarikat (AS) merupakan punca kepada kesengsaraan wanita Afghanistan dan bukannya agama Islam. Penegasan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Nasser Kanani ketika sambutan Hari Peringatan Al-Quds Antarabangsa baru-baru ini.

Published

on

20 tahun pendudukan AS, bukan Islam punca wanita Afghanistan sengsara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penegasan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Nasser Kanani ketika sambutan Hari Peringatan Al-Quds Antarabangsa baru-baru ini.
  • Beliau menceritakan pertemuan yang dihadiri Menteri-Menteri Luar di Samarkhand, Uzbekistan yang dihadiri China, Pakistan, Iran dan Rusia yang antara lain membincangkan kemusnahan Afghanistan setelah lebih 20 tahun pendudukan ketenteraan AS dan pengunduran yang tergesa-gesa serta penuh bermasalah.

AFGHANISTAN – 20 tahun kependudukan Amerika Syarikat (AS) merupakan punca kepada kesengsaraan wanita Afghanistan dan bukannya agama Islam. Penegasan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Nasser Kanani ketika sambutan Hari Peringatan Al-Quds Antarabangsa baru-baru ini.

Beliau menceritakan pertemuan yang dihadiri Menteri-Menteri Luar di Samarkhand, Uzbekistan yang dihadiri China, Pakistan, Iran dan Rusia yang antara lain membincangkan kemusnahan Afghanistan setelah lebih 20 tahun pendudukan ketenteraan AS dan pengunduran yang tergesa-gesa serta penuh bermasalah.

Iran menyokong segala usaha keamanan bagi Afghanistan dan membantah keras sebarang campur tangan anasir luar ke atas urusan dalaman negara tersebut.

Amat malang juga apabila perbincangan tentang wanita Afghanistan khasnya oleh pihak Barat digambarkan terikat dengan dua dimensi yakni “dipaksakan memakai purdah dan dilarang bergerak seperti wanita normal yang lain”.

Kesengsaraan wanita Afghanistan adalah berpunca daripada 20 tahun konflik bersenjata. “Kenapakah pula peperangan, militarisasi dan kebuluran dilihat lebih ringan ke atas wanita Afghanistan berbanding isu akses kepada pendidikan dan pekerjaan?”, soal pemerhati Saba Mahmood.

Sumber: Samudera

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author